HIBURAN
Scha Ellinea Kongsi Video Feedback Buat Rawatan Wajah Di Klinik, Netizen Risau; - “Kenapa Obses, Muka Ori Dah Lawa Sangat…”
Sepotong video memaparkan pelakon Scha Ellinea sedang mendapatkan rawatan di klinik kecantikan berjaya mendapat perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 25, dilihat sedang menjelaskan mengenai kelebihan membuat rawatan di klinik tersebut.
undefined Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang dengan perubahan wajah Scha Ellinea yang dianggap terlalu keterlaluan.
Malah, ada juga yang berpendapat bahawa wajah yang dimiliki pelakon drama Hati Tanpa Rasa tersebut sebelujm melakukan rawatan kosmetik lebih cantik berbanding yang terkini.
“Kenapa Scha ni obses sangat buat muka? Dia dah asal cantik. Sekarang dah macam Lucinta Luna dah.
“Makin di buat makin sama dengan Safie Ilyas hm.
“Dia ni dah ketagih buat muka yang ori dah lawa sangat.
“Dia ni dalam cerita Mr Grey cantik tau. Masa tu tak ubah-ubah lagi rasa masih ori. Sekarang ni dah lain sangat. Dah pelik,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Scha Elinnea membuat pengakuan pernah membuat pembedahan kosmetik pada bahagian muka bagi memiliki wajah yang sempurna.
Katanya, perubahan tersebut dibuat bagi meningkatkan keyakinan diri lebih-lebih lagi untuk beraksi di hadapan kamera.