Pelakon Saharul Ridzwan menceritakan pengalaman baru yang ditimbanya ketika menjalani latihan selam skuba.

Menerusi entri di Instagram (IG), Saharul mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan beringat ketika melakukan selaman skuba.

"Hari kedua (Open Water Diving Course) with @scubaclublangkawi.

"New experience! Sea-snake lalu sebelah muka je tadi sebab cantik nak pegang, instructor abang Ejay terus bagi sign kalau kena patuk boleh mati.

"So pengajarannya, yang cantik tu kadang-kadang bagi mudarat pada kita, jadi kena beringat dan ada knowledge," tulisnya.

Day 2 (Open Water Diving Course) with @scubaclublangkawi . New experience! Sea-snake lalu sebelah muka je tadi. Sebab cantik nak pegang, instructor abg Ejay terus bagi sign kalau kena patuk boleh mati. ?. So pengajarannya, yang cantik tu kadang2 bagi mudarat pada kita, jadi kena beringat dan ada knowledge ??

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan terima kasih atas perkongsian yang dilakukan dan mereka turut memuji perbubahan bentuk badan Saharul.

"@volksvampyre: Ooo. Patutlah yang cantik ni bahaya ek. Baiklah. Saye terima nasihat awak."

"@soukoonmasak: Saharul Ridzwan Sea snake jangan dipegang. Kalau berani pegang moray eel sudah ler abang. Haha. Yang cantik kebanyakan merbahaya bang. Between all the best and good luck on your open water course."

"@elynneazlin: Alhamdulillah. Nasib baik tak pegang. Betul tu benda yang cantik tak semestinya tidak bahaya. @saharulridzwan."