Sean Diddy Combs Disaman Kali Ke-9 Dari Bekas Pelakon Porno, Dipaksa Melacur
Maliah Surip
05/07/2024 11:55 MYT
05/07/2024 11:55 MYT
Belum selesai pertuduhan seks terhadapnya yang menggemparkan dunia seni Hollywood, rapper Sean Diddy Combs kembali berdepan masalah baharu.
Kali ini salah seorang pelakon yang pernah bekerja dalam filem porno milik Combs, Andria English mendakwa bintang itu bukan hanya melakukan gangguan seksual tetapi terbabit dengan pemerdagangan manusia.
English bekerja dengan Combs sejak 2004 sehingga 2009. Menerusi pertuduhan yang difailkan, English juga mendakwa telah menjadi umpan Combs dan rakannya untuk mendapatkan khidmat seks dan keuntungan perniagaan sewaktu parti yang diadakan di kediaman Combs di Hamptons, New York dan Miami, Florida.
Menerusi pertuduhan yang difailkan ke Mahkamah Daerah US, English juga mendakwa telah dipaksa melacur dan menjadi hamba seks di antara tahun 2006 sehingga 2009.
Saman yang diperoleh ini merupakan yang kesembilan dilayangkan kepada Combs sejak November tahun lalu dengan lapan daripadanya menuduh dia melakukan gangguan seksual.
Pihak Combs bagaimanapun dengan tegas mengatakan tidak kira berapa banyak saman dikeluarkan ke atas kliennya, bintang kontroversi itu tidak pernah melakukan ganggual seksual atau pemerdagangan seks kepada sesiapa.
Gangguan seksual dan pemerdagangan manusia