Hiburan
"Seandainya Dia Bukan Jodohku, Jadikanlah Aku Jodohnya" - Aliff Aziz
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz berkongsi isi hatinya yang mahu jodohnya disatukan.
Perkongsian itu dibuat menerusi kemas kini terbaru di akaun Twitternya hari ini.
Di status tersebut, Aliff berdoa kepada Tuhan agar menjodohkannya dengan insan yang dikehendakinya.
Namun begitu, Aliff tidak menulis siapa individu yang dimaksudkannya itu.
"Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya," tulisnya.
Ekoran perkara itu, rata-rata netizen membalas 'tweet' tersebut dengan respon berbeza, ada yang beranggapan doa itu ditujukan buat bekas isteri Aliff, Bella Astillah.
Ada netizen yang memberi sokongan positif kepada Aliff serta mengaminkan doanya itu, tetapi ada juga yang menyindir Aliff kerana berlaku curang.
Baru-baru ini, Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah sah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019 setelah beberapa kontroversi kecurangan Aliff melanda rumah tangga mereka.
Ya Allah satukanlah jodoh kami.Seandainya dia bukan jodohku,Jadikanlah aku jodohnya. ✨— Aliff Aziz (@AliffAziz) May 27, 2019
Must-Watch Video