Kumpulan rock lagenda, Search, memilih album Fenomena untuk diabadikan dalam bentuk piring hitam kerana ia mempunyai nilai sentimental tersendiri.
Vokalisnya, Amy, 59, berkata, album Fenomena sangat bermakna kumpulan Search kerana pernah menjadi fenomena dalam industri hiburan tanah air satu ketika dulu.
“Album Fenomena dipilih kerana membawa pelbagai tuah dan kejayaan kepada Search apabila turut menjulang nama kami di Indonesia.
"Search dianggap sebagai antara pencetus muzik rock tempatan dan titik permulaan kejayaan kami digerakkan album Fenomena yang diterbitkan oleh Datuk M Nasir.
"Album ini pernah mencatat jualan melebihi 250,000 unit di Malaysia dan lebih dua juta unit di Indonesia. Pencapaian itu meyakinkan kami untuk menerbitkannya semula dalam bentuk piring hitam.
Tambah Amy, piring hitam Fenomena ditempah khas dari Amerika Syarikat bagi peminat-peminat yang berminat menjadikan ia sebagai koleksi simpanan mereka.
“Piring hitam Fenomena 'Made In Usa' ini dijual secara tempahan dengan harga RM299 dan dijangka mula berada di pasaran pada awal Jun depan.
“Idea penghasilan piring hitam tercetus apabila saya bersama pemilik Dream Studio, Datuk Zaharul Annuar melihat semakin ramai penggemar muzik menyimpannya sebagai koleksi.
"Peminat muzik kini kembali kepada trend dulu apabila semakin ramai mula mencari piring hitam untuk dijadikan koleksi. Kami berasakan ini masa yang tepat untuk Search memasarkan album piring hitam untuk dihadiahkan kepada peminat setia," katanya.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman ditemui pada majlis pelancaran piring hitam Fenomena 'Made In Usa' di majlis pembukaan kedai Fenomena Muzik di Plaza Damas, pada Sabtu.
Fiza Kamarudin
Mon Apr 24 2017
Netizen Lega Sarah Yasmine Tak Kenal Nadhir Nasar - “Alhamdulillah Nadhir Clean"
Pendedahan yang dibuat Sarah Yasmine baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.
“Nafkah Anak Tak Bagi Walaupun RM350, Dengan Alasan Sebab Ex Dah Kahwin” - Ubai
Suami kepada Shila Amzah, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai berkongsi satu hantaran mengenai nafkah anak di platform X.
“Aliff Suka Plan Date Dekat…” Individu Tanpa Nama Ini Dedah Lokasi Kegemaran Aliff Aziz Jika Mahu Berdating
Terbaharu, seorang individu tanpa nama tampil mendedahkan lokasi kegemaran Aliff Aziz apabila mahu ‘berdating’ dengan skandalnya.
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.