Aktres jelita Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia memaklumkan dia perlu memakai pelitup muka selama tiga hari lantaran satu kes COVID-19 yang dikesan di kawasan itu.

Menerusi laman sosial Instagram, Raja Ilya yang mengikut suaminya Trent Garret sejak setahun lalu berkongsi sebuah video untuk tatapan umum.

“Basically today we are equal, satu satu. Hari ini, kita akan kembali memakai mask untuk tiga hari. Baru semalam duk bangga bangga, suka suka, seronok seronok tak payah pakai mask dah.

“Hari ni kena pakai balik selama tiga hari. Oleh kerana satu pesakit, semua kena pakai mask. Hopefully tak masuk lockdown balik,” luahnya menerusi video tersebut.

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)


Menerusi ruangan komen, ramai wargamaya yang meluahkan kekecawaan mereka dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total lockdown) berikutan jumlah kes yang semakin meningkat.

“Bestnya tiga hari je. Kami kat sini duk rasa macam keluar dari perut mak, terus kena pakai mask. La ni depa duk suggest double mask, tudia!” luah seorang wargamaya.

“Dekat Malaysia kes meningkat, lockdown kali ketiga dah. Doakan semoga Malaysia pulih seperti sedia kala. Jealous tengok negara lain boleh travel, bebas sana sini,” komen seorang wargamaya.

“Aduh, kami masuk dua tahun dah pakai mask. Kalau sunburn tu memang cerah kat bahagian mulut je haha,” kata seorang wargamaya.

“Kitorang dah kena tahap pakai double mask kak. Harini sambung lockdown. Penatnyaaaaa,” tulis seorang wargamaya lagi.

Awal Mei lalu, sebahagian daripada bandar di Australia tidak mewajibkan pemakaian pelituo muka selepas tiada kes COVID-19 baru yang direkodkan.

Memetik laporan The New Daily Australia, seorang pesakit yang positif COVID-19 itu dikesan sewaktu berada di sebuah gimnasium di pinggir bandar.

Pesakit tersebut kini sedang menjalani tempoh kuarantin dan sesiapa yang berada di gimnasium berkenaan pada tempoh seminggu yang lalu perlu menghubungi jabatan kesihatan berdekatan.

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa di bandar Perth dan Brisbane turut mengenakan perintah sekatan dan mewajibkan pemakaian pelitup muka.