Filem live-action Barbie akan menemui penggemarnya pada 21 Julai depan. Sehingga kini, banyak pengisian mengenai filem yang diarahkan Greta Gerwig ini belum didedahkan, kecuali melalui beberapa teaser yang agak ‘menggoda’.

Namun Gerwig baru-baru ini mendedahkan pembikinan dan kehendak ia benar-benar menjadi dunia Barbie telah menyebabkan stok cat merah jambu mengalami gangguan di peringkat antarabangsa.



Hal ini lantaran produksi menjadikan rumah, perhiasan, pakaian malah semua yang berkaitan dengan filem tersebut menjadi warna merah jambu.

“Saya mahukan merah jambu yang sangat terang dan semuanya memang nampak berlebihan (warna merah jambu),” kata Gerwig seperti dilaporkan Variety.

Semua keinginan Gerwig yang merupakan penggemar sejati Barbie sewaktu kecil direalisasikan oleh Pengarah Produksi, Sarah Greenwood bersama Pengarah Hiasan Dalaman, Katie Spencer.

Penggunaan terlalu banyak cat yang diperoleh daripada syarikat Rosco membuatkan ‘dunia kekurangan merah jambu’, kata Greenwood pula.

Barbie dibintangi oleh Margot Robbie dan Ryan Gosling sebagai Barbie dan Ken dengan ikut dibintangi banyak pelakoh hebat Hollywood.