UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

“Sebab Kamu Takut” -  Loca B Dakwa Ibu Mentua Sebar Fitnah, Beri Amaran Tegas

Ainun 21/02/2025 | 12:55 MYT

Penyanyi hip hop Loca B, mendakwa ibu mentuanya, Marni, adalah individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah dalam keluarganya.

Menurut Loca atau nama sebenarnya, Nabilah Hani Azali, 33 mendedahkan dia mengalami masalah dalam keluarga mentua ini sejak tiga tahun lalu.
Antara dakwaan yang dilemparkannya adalah ibu mentuanya menggelar anaknya gila serta mempergunakan dirinya untuk mendapatkan sesuatu.
"Lain kali kalau nak mesej keluarga saya, ingat untuk minta maaf dahulu dan mengaku kesalahan. Barulah kita boleh berdamai.
"Jangan beritahu mama saya yang saya gila. Dia memang dah lama tahu saya ni gila," katanya menerusi Instagram.

Dakwa Diperdaya, Wang Hasil Kerja Keras Dicuri

Dalam pada itu, penyanyi hiphop itu turut mendakwa ibu mentuanya sanggup berkomplot untuk mencuri duit hasil kerja kerasnya bersama suami.
Lebih mengejutkan, dia mendakwa ibu mentuanya sanggup menipu atas nama Tuhan.
Bukan itu sahaja, Loca juga mendakwa ibu mentuanya sering tidak senang hati setiap kali dia berbelanja, meskipun untuk keperluan anaknya sendiri.

BERITA BERKAITAN: Penindasan Di Palestin Buka Mata Loca B, Ambil Keputusan Bersara Dari Dunia Seni - “Saya Nak Anak Faham Tentang Agama…”

BERITA BERKAITAN: Penantian 8 Tahun Berbaloi, Anak Loca B Dapat Status Warganegara Malaysia - “Tiada Lagi Lawatan Ke Kedutaan”

Namun, isteri kepada Tuju K-Clique menegaskan dia masih waras dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang tua, walaupun dirinya pernah dipanggil bodoh.
"Kamu yang berkomplot bersama ipar kamu untuk curi duit hasil kerja keras saya dan anak kamu sendiri.

"Ini duit Hani kan, bukan duit Along. Sebab kamu takut anak kamu, tapi kamu berani pergunakan saya.

"Kamu tak dapat tembus anak kamu, jadi kamu gunakan saya untuk dapatkan persetujuan dia. Saya pun bodoh sebab nak ambil hati mertua," jelasnya.

Tidak Dimaklumkan Tentang Pemergian Nenek Tuju

Pada masa sama, Loca turut mendedahkan nenek Tuju telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2.59 pagi selepas Anugerah Juara Lagu (AJL) berlangsung baru-baru ini. Namun, berita itu tidak dimaklumkan kepada suaminya.
"Pada hari AJL, nenek suami saya meninggal dunia pukul 2.59 pagi.

"Bila ditanya kenapa tak beritahu anak sendiri, ibu mentua saya berkata, ‘Mami tak contact Along (Tuju) sebab takut diserang’.

"Terus kau buat dia (Tuju) nampak jahat. Pandai. Kamu langsung tak sebut tentang Uwa (nenek Tuju), terus kamu banggakan diri sendiri. Sebenarnya kamu nak apa? Nak popular? Nah, ini masa kau untuk bersinar," katanya.

Beri Amaran Tegas

Tidak mahu terus ‘dipijak’, Loca B tampil memberi amaran keras dan menegaskan agar ibu mentuanya tidak lagi memuat naik atau menghantar foto anak dan suaminya kepada ahli keluarga lain.
Dia juga memberi bayangan dia bersedia untuk mendedahkan bukti dalam bentuk pesanan WhatsApp jika perkara ini berterusan.

BERITA BERKAITAN: Anak Masih Belum Dapat Kewarganegaraan Malaysia, Loca B Terkilan - "Kita Tinggal Di Negara Mendiskriminasi Wanita"

BERITA BERKAITAN: Betul Ke ‘Natural Shampoo’ Bagus Untuk Rambut? Ini Fakta Anda Perlu Tahu! Loca B Pun Setuju!

#Ibu #Fitnah #Mentua #Amaran #Loca B #Tegas #sebar #beri