Penyanyi dan pelakon, Alif Satar menyatakan rasa syukur kerana perniagaan makanan yang dijalankan kini semakin berkembang.

Mengimbas kembali perjalanan dan cabaran sepanjang perniagaan, Alif mendedahkan dia pernah dituduh terlibat dalam sindiket penipuan (scam).

Alif berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

“Waktu baru mula @shroom.my ni dulu, Alif betul-betul tak sangka permintaan akan tinggi dan terus meletup macam sekarang…

“Perancangan asal nak guna 2-3 tan cendawan sebulan je…Tapi terus shoot jadi 10 tan sebulan.

“Jadi, team Alif pun call ramai grower cendawan minta supply sampai Alif dituduh nak scam orang sebab kuantiti yang Alif order ni tinggi, luar daripada kebiasaan…

“Beberapa grower tarik diri sebab diorang termakan tuduhan tu menyebabkan stok kami terputus. Tapi Alif percaya, setiap ujian tu ada hikmahnya.

“InsyaAllah, niat dan matlamat Alif nak bantu bidang pertanian yang berpotensi tinggi ni tak pernah Alif lupakan. Doakan Alif dan team guys!! semoga Allah makbulkan doa kalian juga! #Shroom #ToTheMoon #ShroomToTheMoon,” tulisnya

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan selebriti juga turut memberikan kata-kata semangat dan ucapan tahniah kepada Alif.

“Eiiii paling suka perniagaan macam ni good luck Alif!!” - @dianadanielleb

“Well done Alif. Best wishes and more success near future. Ameen,” - @ fauziahlatiff

“Allah nak kurniakan yang lagi torboiqqqq. InsyaAllah soon.” - @iqramdinzly_baiqmerebucks