Pelakon Hairul Azreen berkongsi kegembiraan apabila jumlah pengikut di Instagramnya naik secara mendadak.

Menurut Hairul, sejak semalam jumlah pengikutnya melonjak hingga mencecah seramai lima juta.

Menurutnya, kenaikan yang agak ketara itu berkemungkinan selepas dia membuat video secara langsung dengan beberapa bintang atlet badminton negara semalam.

“Terima kasih lima juga pengikut. Ini sebab live malam tadi kot terus naik lima juta.

“Terima kasih semua yang sentiasa support saya, kerja & family saya. The best never rest,” katanya menerusi satu posting di Instagram.

Untuk makluman, semalam Hairul mengadakan video secara langsung hampir dua jam di Instagramnya.

Menariknya, kesemua tetamu yang dijemput Hairul merupakan bintang dan lagenda badminton negara.

Antaranya termasuklah Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Tan Boon Heong dan Chan Peng Soon.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya terhibur dengan sesi siaran langsung berkenaan.

Selain membicarakan mengenai dunia badminton, kebanyakan netizen juga terhibur dengan lawak serta ‘punchline’ oleh bintang-bintang sukan berkenaan.

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)