Radin sudah kena prank! Penyampai radio Era, Radin terkejut apabila diumumkan sebagai hos acara berprestij Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022)!

Radin telah di prank oleh pengacara Elly Mazlein ketika membuat panggilan telefon menerusi segmen 3 Pagi Era yang dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin sendiri, yang ke udara sebentar tadi.

Prank bermula apabila 3 Pagi Era membuat panggilan kepada Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom untuk mengucapkan tahniah kepadanya atas pemilihan sebagai hos GMWA 2022.

Bagaimanapun, Kak Lina dalam sama memberitahu dirinya mencari seorang lagi hos bagi mengemudi anugerah tersebut sebelum mengumumkan nama Radin sebagai gandinganya.

Dalam pada itu, Kak Lina sempat berseloroh dengan mengatakan pemilihan Radin adalah disebabkan dia mempunyai rupa yang kacak di matanya.

“Kalau Haji Nabil dah pernah kerja dekat GV (Gegar Vaganza), kalau Pak Azad pun dah pernah bekerjasama. Sekarang ini Kak Lina ikut taste Kak Lina. Jadi oleh itu, Kak Lina pilih Radin.

“Kak Lina lihat ada batu permata di sebalik wajah Radin. Kak Lina yakin Radin boleh pergi jauh menjadi gemerlapan,” katanya

Sementara itu, Radin turut merasa teruja selain mengucapkan terima kasih di atas pemilihannya sebagai hos GMWA 2022.

“Cabaran untuk saya juga, saya akan buat yang terbaik. Terima kasih Gempak Most Wanted Awards beri peluang pada saya,” kongsi Radin.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Selain Kak Lina dan Radin, dua lagi pengacara berbakat besar iaitu Amelia Henderson dan Sean Lee turut menjadi hos acara yang julung-julung kali diadakan itu nanti.

Bahang kehangatan GMWA 2022 kian terasa! 26 Februari nanti akan menjadi saksi pengiktirafan terbesar dunia digital Malaysia.

Menampilkan barisan artis popular dan pempengaruh ternama, GMWA 2022 mengangkat prestasi dan reputasi mereka sebagai digital content creator yang sedang meningkat naik untuk mencipta nama sejajar dengan yang sudah berkecimpung dalam dunia hiburan digital.

GMWA 2022 akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada De Fam, Bunkface, Haqiem Rusli, The Gadys, Sara Sisters dan ramai lagi sekali gus meletakkan pentas kemuncak anugerah ini setanding kemegahan malam anugerah Grammy Awards yang pasti akan mengujakan semua penonton.

Malam anugerah GMWA 2022 akan dikemudikan oleh hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted iaitu Amelia Henderson, Sean Lee dan Elly Mazlein serta akan ditemani seorang lagi hos popular sebagai kejutan.

Manakala, pembukaan malam anugerah tersebut akan dimulakan dengan acara Karpet Magenta yang akan dihoskan oleh Isha Norsham dan Daniel Cheang di mana akan turut menjadi hos kepada Gempak Most Wanted Award 2022 Live+ menerusi platform digital Astro Gempak.

Gempak Most Wanted Awards 2022 ini juga dikuasakan oleh Astro Fibre. Dengan proposisi 'Ini Bukan Sembang Kencang, Ini barulah Wifi Kencang!', Astro Fibre memberikan rangkaian internet yang pantas dengan serendah RM99 sebulan. Untuk melanggani Astro Fibre, layari astrofibre.com.my.

Menampilkan tema Funtastic Estatic, GMWA 2022 bakal menemui penonton secara langsung pada 26 Februari ini dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam dan dipancarkan eksklusif menerusi platform Astro Ria (104) dan platform penstriman Youtube dan Facebook Astro Gempak.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.