Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sebab ‘Percikan Api’ Pre-Wedding, Gunung Bromo Sudah 6 Hari Terbakar

Maliah Surip
12/09/2023 01:50 MYT
Salah satu gunung popular di Indonesia yang menjadi destinasi pelancong dunia, Gunung Bromo sedang mengalami tragedi pilu apabila mengalami kebakaran teruk.

Menerusi laporan media tempatan, sekitar 50 hektar kawasan gunung terutama di bahagian Blok Savana Lembah Watangan atau Bukit Teletubbies di wilayah Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (TNBTS).

Berita kebakaran kawasan pelancongan popular yang terletak di Malang sekaligus terkenal di Jawa Timur tersebut kini menarik perhatian selepas api masih menggila selepas beberapa hari kejadian yang disebabkan oleh kecuaian manusia.

Berikut fakta mengenai kejadian ini:

1. Kebakaran di Bukit Teletubbies itu didakwa bermula percikan suar yang digunakan oleh sekumpulan individu yang terlibat dalam sesi pemotretan pre wedding.

Menurut saksi yang juga pelancong, kejadian berlaku pada petang Rabu (6 September 2023) apabila ada dalam kalangan enam orang menyalakan suar.

2. Percikan api daripada suar yang dipasang dikatakan telah terkena rumput kering dan tidak ada yang cuba untuk mematikannya sehingga api akhirnya merebak.

Enam individu tersebut ternasuklah jurugambar, penyelenggara pengantin dan calon pasangan pengantin. Selepas kejadian, keenam-enam individu tersebut telah ditahan pihak polis, lapor Detik.com.

3. Polis mendedahkan keenam-enam individu tersebut masuk ke wilayah pemuliharaan Bromo tersebut tanpa izin. Mereka ditahan bersama barang bukti seperti pemetik api, suar, kamera dan baju pengantin.

4. Sudah enam hari kebakaran terjadi di Gunung Bromo dengan banyak pihak sedang berusaha memadamkan api termasuk menggunakan helikopter.

5. Kesemua jalan menuju Gunung Bromo ditutup kepada pengunjung dan pelancong yang berhasrat untuk melawat kawasan tersebut dalam masa terdekat dinasihati untuk tidak berbuat demikian.

BACA: Bapa Bawa Anak 2 Tahun Panjat Gunung Kena Kecam​

#Indonesia #Pre-Wedding #Bromo
;