Berita

“Sebab Satu Hari, Mereka Akan Tinggalkan Kita…”- Faralyna Idris Tersentak Bila Anak…

Syafiqah Jalal
07/08/2019
12:00 MYT
Pelakon Faralyna Idris akui bimbang jika dia dan suami, Muhammad Fikri Abdullah kurang meluangkan masa bersama anak-anak mereka.
Kebimbangan itu terbit apabila anak sulungnya, Fira Anggun, 4, pernah mempertikaikan mengapa bapanya sering bekerja hampir setiap masa termasuk waktu malam.
Menurut Faralyna, meskipun dia sudah sebaik mungkin cuba untuk meluangkan masa lebih banyak bersama, namun anaknya menyedari ia tidak mencukupi.
“Pernah sekali, when she (Fira Anggun) was 2, dia cakap dekat Ayah, “Ayah work work work work work.”
“Semalam sebelum tidur, dia cakap dekat Bonda, “its night time. Kene sleep kan Bonda? Bukan buat work.” dalam pada kita tetap luangkan masa to play with them in between work tu.
“Does that means, tak cukup masa yang kita luangkan utk anak? Lebih kerja dari beri perhatian pada anak? Tak balance?
“I’m afraid, yes,” tulisnya.
Faralyna berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah Faralyna lagi, dia mula menyedari bahawa semakin anak-anaknya membesar semakin mereka memerlukan lebih masa dan perhatian bersama ibu bapa.
“Sebelum ni rasa macam apa yang kita buat tu dah betul, dah cukup, boleh ikut follow je routine tu macam biasa sebab dari baby dulu dah start rutin macam tu. So kita anggap the kids are okay.
“Tapi kita lupa yang mereka membesar. Makin mereka membesar, makin mereka memerlukan perhatian kita. Bermakna kita kene sentiasa ubah rutin harian kita mengikut kesesuaian.
“Jangan biarkan masa bersama mereka berlalu macam tu je. Takut esok-esok kita pula yang perlukan perhatian mereka. Rindu nak pegang tangan, rindu nak cium pipi, rindu nak peluk kuat kuat.
“Sebab satu hari, mereka akan tinggalkan kita. Apa yang kita perlu buat sekarang adalah biar mereka meninggalkan kita nanti dengan penuh kasih, sayang & cinta dalam hati mereka untuk kita,” katanya lagi.
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapat pelakon itu.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Fikri pada Disember 2014.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Fira Anggun, 4, dan Fira Ayu, 1.

Pernah sekali, when she was 2, dia ckp dkt Ayah, “Ayah work work work work work.” Smlm sblm tidur, dia ckp dkt Bonda, “its night time. Kene sleep kan Bonda? Bukan buat work.” dlm pada kita tetap luangkan masa to play with them in between work tu. Does that means, tak cukup masa yang kita luangkan utk anak? Lebih kerja dari beri perhatian pada anak? Tak balance? Im afraid, yes. Sblm ni rasa mcm apa yang kita buat tu dah betul, dah cukup, boleh ikut follow je routine tu mcm biasa sbb dari baby dulu dah start routine mcm tu. So kita anggap the kids are okay. Tapi kita lupa yang mereka membesar. Makin mereka membesar, makin mereka memerlukan perhatian kita. Bermakna kita kene sentiasa ubah rutin harian kita mengikut kesesuaian. Jgn biarkan masa bersama mereka berlalu mcm tu je. Takut esok esok kita pula yang crave for their attention. Rindu nak pegang tangan, rindu nak cium pipi, rindu nak peluk kuat kuat. Sebab satu hari, mereka akan tinggalkan kita. Apa yang kita perlu buat skrg adalah, biar mereka meninggalkan kita nanti dengan penuh kasih, sayang & cinta dlm hati mereka utk kita. ❤️ ———————————————————————— bila kakak cakap, “Anggun rindu Bonda..” Ala Bonda tak kuat ? I love you babygirl. I AM ALWAYS HERE FOR YOU.

A post shared by Faralyna Idris (@faralynaidris) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nizam Jentik Jentik Saksi Kemalangan Maut, Menangis Sampaikan Berita Kematian - "Puan... Suami Puan Ada Dekat Dengan Saya"

gempak
03/07/2024
20:55 MYT
"Eh, suami saya mana? Saya rasa tidak sedap hati, itu yang tergerak hati nak telefon," demikian kata-kata pertama daripada wanita yang merupakan isteri kepada mangsa kemalangan maut berhampiran Kolej Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Hiburan

Banglo Dirobohkan Jadi Tumpuan, Dari Juara Tilawah Al-Quran Allahyarham Sharifah Aini Jadi Permata Seni Negara

gempak
03/07/2024
11:48 MYT
Saat ini antara berita berkaitan hiburan yang menjadi perhatian adalah kediaman yang pernah menjadi milik Allahyarham Biduanita Sharifah Aini dirobohkan pihak pemaju selepas banglo tersebut dijual oleh anaknya, Aliff Omar Ali, 42.
Hiburan

“Sedih Jual Rumah, Tapi Keputusan Yang Betul Untuk Dilakukan” - Anak Allahyarham Sharifah Aini

gempak
02/07/2024
15:04 MYT
Anak kepada Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar Ali mengakui sedih dengan keputusan menjual kediaman ibunya yang terletak di Petaling Jaya.
Viral

Bapa Mengamuk Ustaz Gunting Rambut Anak - "Rambut Panjang Tak Masuk Mereka..."

gempak
02/07/2024
08:55 MYT
Seorang individu meluahkan rasa berans selepas seoranng guru sebuah sekolah agama dipercayai memotong rambut anak lelakinya tanpa meminta izin.
Berita

"Sampai Hati Kamu Bunuh Anak Ibu" - Rintihan Pilu Ibu Mangsa Bunuh Kes Tuntutan Fasakh

gempak
01/07/2024
07:34 MYT
Rintihan pilu seorang ibu mengundang sebak semasa seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah pada Isnin atas pertuduhan membunuh isterinya yang ditemukan dengan kesan tikaman di sebuah hotel di Melaka dua minggu lalu.