Pelakon Nina Iskandar membuat keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagram (IG).

Perkara itu dimaklumnkan Nina menerusi sebuah entri di laman sosial berkenaan.

Menurut Nina, dia berbuat demikian kerana berasa penat melihat sesetengah komen yang ditulis netizen.

"Saya tutup ruangan komen kerana berasa penat dengan sesetengah komen, sila tengok Story saya dan hadam.

"Okay terima kasih, selamat berpuasa," tulisnya.





Sementara itu, di ruangan IG Story pula, Nina menyarankan orang ramai untuk kurang memuat naik video di aplikasi TikTok, sebaliknya melebihkan amal ibadat di bulan Ramadan.

"Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan - banyak lagi video TikTok, Lol.

"Di bulan Ramadan ini, apa kata kurangkan berTikTok dan tingkatkan amal ibadat," tulisnya.

A post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar) on




Difahamkan, Nina kini sedang berada di tempat asalnya iaitu Brunei dan menunggu hari pertama berpuasa yang jatuh pada hari esok di negara itu.