Pelakon Zul Ariffin, 35, menyatakan dia menerima tawaran untuk berlakon filem Penunggang Agama disebabkan pengarah, Syafiq Yusof.

Menurut Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin berkata dia yakin dengan cara kerja Syafiq justeru tidak berfikiran lama lantas terus bersetuju.

"Saya buat untuk Syafiq sebab dia tau kelemahan saya dari segi kerisauan. Dengan Syafiq kami ada ruang untuk buat perbincangan dengan pengarah dan produksi.

"Kita tak boleh main ambil job saja. Nowdays, saya tak nak dah macam itu. Saya tak nak orang tulis skrip pun main-main.

"Dengan Syafiq, I don't mind, saya phone call sekali terus proceed. Saya dah pernah bekerja dengan dia sebelum ini.

"Saya tau skrip dia macam mana. Saya percaya dengan cara kerja dia, lepas itu tajuk pula Penunggang Agama. Saya tau dia akan rujuk dengan orang yang mahir," katanya kepada Gempak.

Sementara itu, pelakon filem Misteri Dilaila ini mendedahkan dia kerap menerima tawaran untuk memegang watak sama seperti Amir dalam Penunggang Agama.

Bagaimanapun, dia menolak kerana tidak boleh sewenang-wenangnya diambil mudah serta tangkap muat.

"Watak keagamaan ini banyak sebenarnya saya dapat untuk drama setiap tahun. Bila saya dengar saja terus tolak, tak payah explain apa-apa.

"Sebenarnya susah nak buat cerita macam ini. Kita tak boleh sesuka hati shoot. Kalau salah sebut mana-mana ayat tu habis..

"Saya bukan melarikan diri atau jauhkan diri tapi seboleh-bolehnya saya tak nak sebab agama. Kita tak nak kita yang salah.

"Contoh bila keluarkan ayat-ayat surah. Bila tanya dekat set semua tengok langit, kalau ada ustaz tak apa la juga.

"Yang kena bertalu-talu nanti tu saya, bahaya kalau tak pasti. Saya okey kalau dipertikaikan tapi apabila sentuh bab agama saya tak nak," katanya lagi.

Selain Zul, filem seram thriller ini turut dilakonkan oleh barisan pelakon hebat lain antaranya Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.

Penunggang Agama mengisahkan tentang Amir dan Anna, pasangan suami isteri berdepan dengan cabaran getir kerana ibu tiri Amir, Datin Maria telah mengalami ‘gangguan makhluk halus’. Dato Hafsyam, iaitu ayah Amir mengambil keputusan untuk medapatkan khidmat seorang ‘pakar ruqyah’ bernama Tok Haji.

Namun, Amir dan Anna tidak mempercayai Tok Haji dan menasihati Dato Hafsyam untuk tidak lagi menggunakan khidmat Tok Haji. Anna merasakan Tok Haji sebenarnya adalah seorang bomoh yang bertopengkan agama Islam, manakala Dato Hafsyam pula merasakan isterinya disantau oleh ahli keluarganya sendiri.

Teka-teki bermula dalam plot penceritaan untuk mencari siapakah penunggang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, isteri dan anak perempuan kecil Amir diganggu oleh makhluk halus hingga kerasukan.

Dapatkah Amir menyelamatkan keluarganya dari ujian ini? Siapakah dalang di sebalik kekacauan ini? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama.

BACA: Syafiq Yusof Sahut Cabaran Buat Filem Penunggang Agama, Harap Mesej Diterima Ramai

Jadi, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First bermula hari ini.

Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.