Sebab Tak Hadir Mesyuarat, 99 Pekerja Dipecat Tanpa Notis
Asyraf Roslan
20/11/2024 05:55 MYT
20/11/2024 05:55 MYT
99 orang pekerja sebuah syarikat yang menjual alat muzik telah dipecat serentak oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) hanya kerana gagal menghadiri mesyuarat pagi.
Keputusan drastik itu diambil selepas hanya 11 orang pekerja sahaja yang menghadiri mesyuarat tersebut.
Dalam satu hantaran di platform Reddit, salah seorang pelatih di syarikat berkenaan yang tidak didedahkan identitinya telah berkongsi surat dari CEO yang membuat pengumuman pemecatan itu.
Menerusi mesej yang dikongsikan di aplikasi Slack, Ketua Pegawai Eksekutif yang dikenali sebagai Baldvin Oddsson itu menyatakan 99 orang pekerja yang dipecat itu telah gagal memenuhi tuntutan kerja seperti yang termaktub dalam kontrak mereka.
“Bagi anda yang tidak hadir mesyuarat pagi ini, anggap ini notis rasmi.
“Anda semua dipecat kerana gagal melaksanakan apa yang telah dipersetujui, gagal memenuhi bahagian anda dalam kontrak, dan gagal hadir ke mesyuarat yang sepatutnya anda hadiri,”
“Saya telah memberikan anda peluang untuk memperbaiki kehidupan, bekerja keras, dan berkembang. Namun, anda telah menunjukkan bahawa anda tidak serius.
“Daripada 110 orang, hanya 11 yang hadir pagi ini. Mereka yang hadir akan kekal, manakala selebihnya dipecat. Tinggalkan perniagaan saya sekarang!” katanya.
Oddsson turut mengarahkan semua pekerja yang dipecat untuk memulangkan barangan syarikat, menandatangani keluar dari semua akaun syarikat, dan meninggalkan Slack serta-merta.
Kebanyakan warganet bersimpati dengan pekerja yang dipecat sambil mengecam tindakan tidak profesional Oddsson.
Bagi mereka mungkin ada berlaku salah faham atau pekerja yang diberhentikan itu tidak menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat.