Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sebab Terlalu Penat Nak Mengunyah, Afgan Minum Smoothie Dada Ayam Campur Pisang

Izwan Isa
02/10/2023 15:50 MYT

Melihat pada penampilan penyanyi Afgan, pasti ramai yang ingin tahu rahsia pemakanan dan aturan dietnya.

Justeru baru-baru ini, pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu berkongsi menu dietnya menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram.

Menerusi perkongsian berkenaan, Afgan mendedahkan yang dia sedang menikmati smoothie ayam yang dibuat dengan campuran dada ayam rebus, pisan dan serbuk protein.

A post shared by Afgan (@afgan__)


Pada ruangan kapsyen, Afgan berkata yang menu berkenaan sesuai untuk dirinya yang perlu bekalan protein tinggi tetapi malas untuk mengunyah.

Sungguhpun begitu, netizen menganggap resepi smoothie Afgan agak aneh dengan campuran bahan yang tidak normal.

Afgan bukanlah satu-satunya individu yang mengambil smoothie ayam ketika sedang berdiet. Menu berkenaan cukup dikenali dalam kalangan pencinta gaya hidup sihat meskipun kedengaran agak janggal.

Begitupun, smoothie ayam yang dicampur dngan pelbagai buah serta sayuran dilihat kaya nutrisi dan sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

BACA: Oh, Ini Rupanya Sebab Kenapa Afgan Dah Tak Pakai Cermin Mata…​


#Afgan #Dada ayam #Smoothie
;