"Sebab Time Doktor Belah Perut, Sarima Dah Terbelit Tali Pusat .." - Syatilla Melvin Kongsi Pengalaman Czer Kali Kedua

Zulaikha Yusof
Mei 16, 2019 04:36 MYT
Pelakon dan isteri aktor Shaheizy Sam, Syatilla Melvin berkongsi pengalaman melahirkan anak keduanya, Sarima pada 17 April lalu.
Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla menyatakan dia menyimpan hasrat untuk bersalin secara normal namun mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan kali kedua kerana takut luka lama akan terkoyak.
Menerusi akaun Instagram (IG), Tilla mendedahkan Sarima berpotensi untuk lemas dalam perut akibat terbelit dengan tali pusat.
Tilla bersyukur kerana semua berjalan dengan lancar dan selamat.
Tilla juga akui bersalin secara pembedahan banyak memberi pengajaran serta tidak seteruk seperti yang digembar-gemburkan.
"Bila anak-anak lena, baru la boleh tulis panjang-panjang sikit. Ok nak share pengalaman czer kali kedua dengan hampa semua.
"Asalnya memang niat nak sangat beranak secara normal! Tapi Allah dah tetapkan apa yang terbaik untuk tilla. Thank you Allah.
"Pendekkan cerita, bila last trimester sebelum beranak, perut makin besaq, parut czer lama start rasa nyilu bila bersin atau batuk. Tak sakit tapi nyilu.
"So aku ni dok start la imagine time nak teran anak nanti kalau beranak normal mampoih kalau luka lama terkoyak laguma. Takkan sakit atas bawah!
"So tilla decide untuk czer sebab takmau ambik risiko. Benda pertama tilla pesan kat doc fauziah, "doc apa jadi sekalipun, tolong kemaskan jahitan perut saya dan keputusan yang aku buat memang menyelamatkan nyawa baby!
"Sebab time doc belah perut, sarima dah terbelit tali pusat dah (2 kali pusing).
"Allahuakbar. Berdebar tuhan je tahu. Baby boleh lemas weiii kalau lambat! Plus kali ni punya czer lain macam sikit, aku rasa pisau lalu ataih kulit weiii tapi tak sakit la, cuma terasa memang ada benda lalu dan ditoreh, pisau la apa lagi bodo oi.
"Doc potong gunting semua tilla rasa, cuma tak sakit! Siap ada bau hangit kulit lagi.
"Dan alhamdulillah allah permudahkan semua benda! Hari ke 2 dah boleh bangun bergerak macam biasa tanpa rasa sakit!!!
"Pengalaman czer lepas banyak mengajar sebenarnya! dan 1 ja nak pesan, beranak czer tidak seteruk yang di gembar gemburkan!
"Mind set kita nom.1! Kalau fikir sakit, sakit la jadinya.
"Tilla memang dari awal dah ready mental fizikal walau apapun jadi. Serah semua pada Allah ok," tulisnya.
Terdahulu, Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.
#Shaheizy Sam #Syatilla Melvin