Pelakon Sweet Qismina memuat naik satu entri di Instagram miliknya memohon maaf kepada semua cikgu tentang entri yang ditulisnya sebelum ini.

Dalam entri sebelumnya, Sweet meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia terpaksa hadir ke sekolah adiknya yang berusia 17 tahun hanya semata-mata untuk mewakili adiknya itu mengambil buku teks.

Baca: "Mereka Dah 17 Tahun!" - Sweet Qismina Bengang Terpaksa Ke Sekolah Ambilkan Buku Teks Gara-Gara SOP Tak Munasabah

Namun tulisan Sweet itu telah disalah anggap oleh segelintir cikgu-cikgu seperti menyalahkan mereka dengan SOP yang telah ditetapkan tersebut.

"Kepada cikgu-cikgu, saya memohon maaf sekiranya kapsyen yang saya tulis semalam buat cikgu terasa. Saya ada membalas salah satu komen daripada seorang cikgu dan memberitahu saya langsung tidak menyalahkan cikgu.

"Sebab itulah, 1. Saya ada bertanya semua sekolah macam ni ke? Kalau ya, kenapa ada yang kata sekolah dia tak sama. Itu adalah satu soalan," tulis Sweet dalam Bahasa Inggeris bercampur Bahasa Malaysia.

Menurut Sweet lagi, perkara itu diajukan kepada Kempen Pendidikan untuk melakukan sesuatu dan bukan ditujukan kepada para cikgu.

"I tagged @kempendidikan to do something and not CIKGU about this matter since my issue was only about: Old people yang ada high risk untuk kena & yang tak larat nak pergi because ada yang complain to me diorang tak larat yesterday plus it was quite strict at my sister’s school Itu sahaja.

"Bayangkan I cakap I ni guardian pun tak bagi masuk? So yes, I am still with my stan tapi bukanlah niat nak blaming Cikgu. I hope you do understand that. I appreciate what you’ve done for students. I know there are must be ways @kempendidikan boleh buat. So once again to teachers, I’m sorry," tulis Sweet mengakhiri entri tersebut.

A post shared by ?فرهنا قيسمينا سوڤندي? (@sweetqismina)