Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sebabkan Rokok, Lelaki Ini Hilang Peti Suara!

Gempak
08/12/2023 06:55 MYT
Merokok sememangnya satu tabiat yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia.

Walaupun pelbagai kesan buruk boleh disebabkan daripada merokok, segelintir pihak memandang remeh perkara tersebut dan meneruskan tabiat itu tanpa rasa takut.

BERITA TRENDING: "Bukan Kanser Tapi Kolesterol Tinggi" - Zizan Nin

Menerusi satu hantaran di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai Nadia Nozula, wanita itu sempat menemubual seorang lelaki bekas pesakit kanser yang mendedahkan peti suaranya dibuang sejak 13 tahun lalu akibat tabiat merokok.

“Mula-mula saya buat radioterapi dia kembali juga, jadi doktor decide nak buang peti suara. Saya dah buang peti suara, dah 13 tahun,” ujar lelaki itu.

undefinedMelihat kepada perkongsian berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa kesedaran terhadap bahana tabiat merokok dan menzahirkan rasa simpati terhadap lelaki itu.

“Tengok video ni sambil hisap rokok, terus buang,”

“Tolong lah ambil iktibar,”

“Mashaallah kasihan dia. Bersyukur sangat diberikan kesihatan.”

Untuk info, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penggunaan tembakah adalah 90% penyebab kepada kanser peti suara (larink).

Sumber: TikTok

#Viral #Kanser #Rokok
;