Sebabkan Watak Polis Kampung, Shaheizy Sam Jadi Lebih Kerap Luang Masa Dengan Anak-Anak
Izwan Isa
01/11/2023 09:50 MYT
01/11/2023 09:50 MYT
Pelakon Shaheizy Sam mendedahkan, jiwa seorang bapa yang ada dalam dirinya tersentuh apabila melakonkan watak seorang polis dan juga bapa tunggal bernama Salihin menerusi filem La Luna.
Kongsi Sam, emosinya sedikit terkesan memandangkan watak Salihin turut mempunyai anak perempuan, sama seperti dirinya.
“Ketika bawa watak Salihin dalam La Luna, saya memang asyik teringat dekat anak perempuan saya sahaja. Bila dah berlakon filem ni, dapat watak sebegitu, buat saya cepat tersentuh. Kalau boleh tak nak anak cepat membesar, dan mahu luang banyak masa dengan mereka sebelum mereka dewasa.
“Jujur, sebelum saya jayakan filem ini, saya tidak pernah pun rasa sebegini - bimbang anak-anak cepat membesar. Tapi lain pula rasanya bila dah pegang watak Salihin. Watak ini memang benar-benar buka mata saya sebagai seorang bapa,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan di ibu kota semalam.
Sam menambah, watak polis bernama Salihin ini cukup berbeza dengan watak Inspektor Khai dalam siri filem Polis Evo.
“Dalam Polis Evo, saya perlu menjadi seorang polis yang lasak, perlu berdepan dengan banyak hal-hal yang ekstrem.
“Sebaliknya, watak Salihin ini yang sebenarnya adalah realiti, yang jarang kita ceritakan,” katanya lagi.
La Luna diterbitkan oleh Clover Films, ACT 2 Pictures, dan Papahan Films ini bakal ditayangkan di Malaysia pada 9 November depan dan di Singapura pada 16 November depan.
Filem komedi itu turut dibintangi oleh Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Nam Ron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Wafiy Ilhan.