Laman Utama
“Sebagai Ibu Bapa Perlu Ada Ilmu”- Isu Kanak-Kanak Hisap Vape, Siti Sarah Beri Pandangan & Nasihat
Penyanyi Siti Sarah memandang serius isu kanak-kanak yang menghisap rokok elektronik atau vape yang tular baru-baru ini.
Menurut Siti Sarah, ibu bapa perlu ada ilmu bagaimana hendak mendidik serta membesarkan anak mereka supaya perkara-perkara tidak diingini berlaku.
“Anak hisap vape..Ibu bapa , susah kawal anak? Macam mana nak kawal anak yg nak kita ikut kehendak die je? Sapa ada tips kita kongsikan sama-sama.
“Saya amat memahami sebab saya juga seorang ibu, jadi perangai anak kita terjadi kerana dengan cara kita mendidik mereka.
“Anak- anak perlu tahu mereka tahu ada ibu bapa. Sebagai ibu dan ayah kita perlu ada ilmu, handle anak yang tantrum, cara nak mendengar kata kita.
“Tapi yang lagi penting ibu bapa kena ada tangunggjawab didik anak-anak,” katanya.
Isteri kepada pelawak Shuib Sepah itu meluahkan pandangannya menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Kata Sarah lagi, ibu bapa perlu tahu bagaimana hendak mengawal anak-anak mereka supaya mereka dapat membezakan perkara yang baik dan buruk.
“Kita tak boleh biar anak control kita sebab kita ibu bapa.. Bimbang nanti kalau mereka sudah terbiasa langar peraturan dan ibu bapa tidak tegas dengan apa yang mereka lakukan…anak-anak akan rasa ia perkara biasa.
“Sekarang mungkin mula dengan hisap vape dan kita tidak menegur mereka tapi mana tahu satu hari nanti dia boleh langar peraturan negara atau sebagainya?” katanya lagi.
Tambah Sarah lagi, dia dan Shuib juga hingga kini masih lagi belajar dan mengambil kelas dalam menimba ilmu untuk mendidik anak.
“Macam Sarah dan Shuib selepas sahaja kami tahu kami bakal menimang cahaya mata keempat, kami ambil anisiatif untuk mengambil kelas ibu bapa.
“Pada saya ini penting untuk kita tahu bagaimana cara mengawal anak-anak yang suka tantrum ini tanpa memukul mereka tetapi dengan cara psychology,” ujarnya.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkahwin dengan Siti Sarah Raisuddin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.