Nama cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita.

Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Ahmad pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 12, Ahmad Fieradz Shah, 11, Ahmad Firudz Shah, 9 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 3.

Menjadi seorang ayah kepada empat orang cahaya mata tidak semudah yang difikirkan.

Dengan komitmen perniagaan, Restoran SukaSucre Bistro yang makin berkembang dan dalam masa terdekat, Fazley bakal membuka pusat kulinari.

Di sebalik wajah yang penyayang, Fazley seorang ayah yang tegas sebenarnya. Fazley melatih anak-anaknya supaya berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang diingini tanpa bantuan wang ringgit dari ibu bapa.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga serba mewah, anak sulung Fazley, Ahmad Fariedz atau Payish itu berjaya mengumpul wang simpanan hasil berniaga nasi lemak selama beberapa minggu untuk mendapatkan gajet idamannya, PS4.

Sepakat dengan isterinya, Fazley berkata kalau anaknya ingin mainan yang mahal, mereka mesti belajar bersungguh-sungguh, raih keputusan peperiksaan yang bagus, dapatkan wang tunai dan belinya dengan sendiri.



Ini tentang keluarga Fazley, bagaimana pulak dengan keluarga Narendra?

Keunikan karakter setiap ahli keluarga Narendra boleh ditonton menerusi filem hebat Indonesia ini.

Penonton bakal menyelami setiap karakter Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) menerusi lakonan hebat oleh pelakon dari filem romantis popular ‘Heart’, Rachel Amanda, Rio Dewanto (Gundala), Oka Antara (The Raid 2), Shiela Dara (Ratu Ilmu Hitam), Chicco Jerikho (Felosofi Kopi), Susan Bachtiar (Surat Kecil Untuk Tuhan) dan ramai lagi.

Lebih menarik, naskhah ini adalah hasil garapan dari pemenang pengarah terbaik di dua festival Indonesia, Piala Citra dan Piala Maya menerusi filem Cahaya Dari Timur: Beta Maluku iaitu sutradara Angga Dwimas Sasongko.

NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha), Awan (Rachel Amanda).

Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.

Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Sebelum ini Astro Shaw bergiat cergas bekerjasama dengan penggiat Indonesia dengan memasarkan filem seperti Bumi Itu Bulat dan Dua Garis Biru di Malaysia.

Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di saluran 480 bermula 23 April ini. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

“Kamu buat aku tahu ertinya bahagia. Kamu, alasanku untuk berjuang.” – Narendra. Seberat manapun masalah yang menghampiri, Ajeng sentiasa bertahan untuk Narendra. Nantikan #NantiKitaCeritaTentangHariIni pada 23 April ini istimewa terus ke rumah anda di Astro First saluran 480 dan strim di On Demand Store! . Utamakan keluarga dan semoga terhibur bersama kami di rumah #NantiKitaCeritaTentangHariIni #SetiapKeluargaAdaRahsia #NKTCHI #DudukRumah #StayHome #KekalTenang #BePositiveStayNegative #AstroFirst

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on