Pelakon Intan Ladyana, 38, enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya dengan bintang muda, Harris Alif, 21.

Kekal dengan prinsip untuk tidak terlalu bercerita perihal hubungan peribadi, aktres yang bakal muncul dengan filem Town Mall ini menyimpan kemas kisah terbabit.

"Seperti yang semua orang tahu, saya memang tidak bercerita mengenai kisah peribadi. Apa yang diketahui, itulah dia.

"Saya sendiri tak mahu komen lanjut. Biarlah saya simpan sendiri. Sebagai perempuan, saya tak mahu cakap lebih-lebih," kata Intan.

Sebelum ini, Harris mengaku mulai rapat dengan Intan dan sudah menjalin hubungan cinta semenjak beberapa bulan lalu.

BACA: Beza Usia 17 Tahun, Muat Naik Foto Baju Raya Sedondon... Harris Alif Bercinta Dengan Intan Ladyana?

BACA:"Hati Dia Sangat Baik" - Jarak Usia 17 Tahun Tak Halang Harris Alif Jalin Hubungan Dengan Intan Ladyana

BACA:Perancangan Untuk Bawa Hubungan Dengan Intan Ladyana Ke Peringkat Lebih Serius? Ini Jawapan Harris Alif

Spekulasi hubungan Harris dan Intan mulai bertebaran semenjak penyanyi remaja itu memuat naik foto mesra mereka berdua di laman sosial.

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan filem lakonan Intan, Town Mall yang bakal ditayangkan di pawagam rumah anda bermula 25 Jun ini!

Selepas kejayaan Manap Karaoke, Syif Malam Raya dan Ada Apa Dengan Dosa yang mencipta fenomena tersendiri, Astro Shaw bakal membawakan filem Town Mall ke pawagam rumah anda!

Filem ini merupakan hasil adaptasi novel seram popular berjudul sama karya novelis Hasrudi Jawawi.

Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

"JANGAN ABAIKAN APA YANG KAU LIHAT!" . Jom saksikan Trailer TOWN MALL sebuah filem seram yang diinspirasikan daripada kisah benar. Bakal menghantui anda mulai 25 Jun ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda. . @eizlanyusof @adamshahz @reenrahim @intanladyana @jalaludinhassan @noralbaniah @errypu7ra @farahdhiya_fd @nynaaharizalll___ . #townmall #filemtownmall #noveltownmall #janganabaikanapayangkaulihat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Town Mall, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.