Hiburan
"Sebagai Selebriti Setiap Posting Kita Akan Dipertikaikan ..." - Bella Astilah Puji Cara Risteena Berdepan Kritikan Netizen
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah kagum dengan cara aktres Risteena berdepan dengan kecaman dan kritikan warganet.
Nama Risteena menjadi bualan ramai selepas berkongsi keadaan Isa yang panik selepas dirinya tidak dapat dihubungi kira-kira setengah jam.
BACA: Isa Khan Susah Hati Risteena 'Hilang' Selama 30 Minit, "Tunang Saya Fikir Kena Culik Atau Ragut"
Kata Bella, setiap entri yang dikongsikan oleh selebriti di media sosial tidak pernah memuaskan hati netizen.
"MashaAllah suka dengan kenyataan b. It's, ini kehidupan Ris. Sebagai selebriti setiap posting kita akan dipertikaikan dan rakan-rakan media pick story untuk artikel mereka bukanlah kita ni yang call mereka dan bercerita minta cerita kita itu disebarkan. Jauh sekali.
"Bella suka sangat tengok orang yang tangani kecaman atau masalah dengan positif. Biarlah mereka terus mencaci kerana mereka tidak sedar akan putaran hidup yang seperti roda.
"Bila kita post banyak selfie mereka akan judge muka atau kulit, bila post ootd mereka judge bentuk badan, bila post dengan pasangan cakap geli atau suruh kahwin baru rasa (dengan cara yang negatif) bila post marah-marah cakap tak sepatutnya marah kat sosial media, bila post mengaji mengaji atau bertudung cakap saja nak menunjuk bukannya ikhlas pun dan lain-lain.
"Dari sini kita boleh nampak kita takkan pernah boleh puaskan hati sesiapa pun. Just you do you babe. Awak lebih tahu," tulisnya di ruangan komen Risteena.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz turut berpesan supaya fokus kepada individu yang menghargai kewujudan diri kita.
"Allah swt lebih tahu niat awak, selagi awak, ibu bapa, adik beradik, pasangan awak gembira dah lebih dari cukup b.
"Ramai lagi sayangkan kita, hargai siapa yang menghargai kita. Awak seorang wanita cantik yang pernah saya temui," tulisnya lagi.