BERITA
"Sebagai Seorang Bekas Anggota Tentera, Saya Juga Turut Terkesan Dengan Apa Yang Berlaku" - Ajak Shiro
Pelawak dan pengacara Ajak Shiro mengakui terkesan dengan nasib menimpa pada anak seniman veteran, AR Badul iaitu Mejar Mohd Zahir Armaya yang gugur ketika menjalani latihan.
Menurusi entri di Instagram (IG), Ajak melahirkan rasa simpati pada keluarga Allahyarham dan mendokan agar mereka tabah dengan ujian ini.
"Sebagai seorang bekas anggota tentera, saya juga turut terkesan dengan apa yang berlaku.
"Turut simpati pada keluarga Abang AR Badul. Takziah. Semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman.
"Al-Fatihah Mejar Mohd Zahir Armaya. #perwira #skuadronsier," tulisnya.
Semalam, Allahyarham Mohd Zahir, 36, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Lok Kawi.
Bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka Allahyarham Mohd Zahir meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, mengikut istiadat pengkebumian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kira-kira jam 8.45 pagi ini.
Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Ajak akan tampil dalam program terbaharu All Stars Buka Panggung sebagai pengacara bersama Shahrol yang akan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Berikut merupakan para All Stars yang akan bertanding dari minggu pertama hingga ke minggu ke lima.
All Stars Minggu Pertama
1) Datuk Aaron Aziz
2) Datin Seri Umie Aida
3) Naim Daniel
4) Liyana Jasmay
All Stars Minggu Kedua
1) Datuk Rosyam Nor
2) Datin Diana Danielle
3) Fizo Omar
4) Farahdhiya
All Stars Minggu Ketiga
1) Fahrin Ahmad
2) Zulhuzaimy
3) Sharifah Sakinah
4) Sweet Qismina
All Stars Minggu Empat
1) Datuk Fizz Fairuz
2) Johan As’ari
3) Rita Rudaini
4) Ruhainies
All Stars Minggu Lima
1) Fauzi Nawawi
2) Izzue Islam
3) Noorkhiriah
4) Mona Allen
Seorang pemenang akan dipilih pada setiap minggu bagi merebut peluang bertanding pada minggu separuh akhir dan hanya empat peserta yang bakal melayakkan diri ke peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi.
Untuk setiap minggu, juara mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM4000 kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri seni tanah air.
Program ini akan bersiaran selama 7 minggu bermula 6 September, setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.