VIRAL
Sebak! Adik Sambung Legasi Arwah Abang Jadi Wira Merah, Kenang Tragedi 6 Bomba Lemas 7 Tahun Lalu
Hari ini menjadi saksi di mana seorang Pegawai Bomba, Intan Norhafiza Wan Ibrahim meneruskan legasi menjadi skrikandi wira merah seperti Allahyarham abangnya iaitu Izatul Akma Wan Ibrahim yang telah gugur bersama 5 anggota bomba dalam operasi menyelamat mangsa lemas Puchong, Selangor pada 3 Oktober 2018.
Sebak kenang tragedi 6 Bomba lemas
Menerusi sesi siaran langsung akaun Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) , Norhafiza dan ibu diberi penghormatan untuk ke pentas selepas selesai demonstrasi tragedi 6 Bomba lemas.
Norhafiza turut dipakaikan beret oleh YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Terengganu.
Ibunya turut menerima jambangan bunga sebagai tanda penghormatan pada majlis tamat latihan Diploma Lanjutan Sains Kebombaan (DLSK) siri 1 tahun 2024 & Kursus Sijil Sains Kebombaan (KSSK) siri 2 tahun 2024.
Norhafizah dan ibu turut mengalirkan air mata dan berpelukan pada sesi penuh menyentuh itu.
Pada 2018, enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.
Keenam-enam yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.
Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.