,
Laman Utama

Sebak, Anak Beri Bunga & Berpelukan Dengan Ibu Selepas Tonton Ma, I Love You

Syafiqah Jalal
09/01/2023
06:51 MYT
Ibu adalah insan yang teragung dan banyak berkorban terutama melahirkan serta membesarkan anaknya. Bagi menghargai kasih sayang ibu, Astro Shaw bawakan sebuah filem khas untuk wanita yang bergelar ibu berjudul Ma, I Love You.
Bagi meraikan pengorbanan seorang ibu, Astro Shaw mengadakan satu tayangan khas istimewa Ma, I Love You, dengan menjemput ibu-ibu dan anak untuk menontonnya sebelum ia ditayangkan di seluruh pawagam sempena Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Para Ibu dan anak itu diberi peluang untuk menonton bersama-sama filem arahan pengarah hebat dari The Journey dan Olabola iaitu Chiu Keng Guan itu di TGV, Mid Valley Mega Mall pada Ahad.
Filem berbahasa Cina itu juga turut dibarisi pelakon hebat Ong Ai Leng, Siow Li Xuan, Phei Yong, Loh Lai Kan, Felina Cheah.
Paling mengundang sebak di akhir filem itu hampir seluruh penonton dalam panggung mengalirkan air mata kerana sedih menonton Ma, I Love You yang mengisahkan pengorbanan seorang ibu tunggal.
Lebih terharu lagi di akhir tayangan setiap anak mengambil bunga mawar merah yang disediakan oleh Astro Shaw dan diberikan kepada ibu masing-masing sambil berpelukan.
Momen itu sangat berharga kerana ibu dan anak menzahirkan rasa kasih sayang sehingga ada yang mengalirkan air mata.
Ma, I Love You mengisahkan tentang seorang ibu tunggal Ling dan anaknya Qiqi. Pelbagai konflik dan dugaan berlaku apabila rahsia Qiqi untuk melanjutkan pelajarannya di Perancis telah terbongkar. Niat Qiqi ingin menjauhkan diri daripada ibunya kerana inginkan kebebasan.
Adakah perkara ini akan merenggangkan hubungan mereka? Kisah mereka menjadi sebuah teladan tentang kematangan, kemaafan, kerestuan, dan lebih penting tentang kasih sayang.
Chiu Keng Guan yang digelar The King of Malaysian Movie oleh South East Asian Globe itu menghasilkan filem ini selepas enam tahun mengukir nama di luar negara.
Jangan lupa tonton Ma, I Love You diseluruh pawagam tidak lama lagi sempena Tahun Baharu Cina 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar