Berita

Sebak Boleh Mendengar Selepas 20 Tahun, Syifa Melvin Bantu Gadis Pekak & Bisu

gempak
Syafiqah Jalal
20/12/2020
07:45 MYT
Sponsor Banner
Sebak Boleh Mendengar Selepas 20 Tahun, Syifa Melvin Bantu Gadis Pekak & Bisu
Pelakon dan instafamous, Syifa Melvin berjaya membantu seorang gadis pekas dan bisu untuk memakai alat pendengaran.
Gadis istimewa yang bernama Nabilah itu meruapakan salah seorang stokis perniaagan Syifa bersama adik beradiknya, Kekasih By The Melvins.
Menurut Syifa, dia dan adik beradik yang lain sudah lama berazam untuk membantu mereka yang memerlukan dengan perniagaan tersebut.
“Memang kami berempat (adik beradiknya) berazam wujudnya Kekasih ni niat kami adalah untuk bantu mereka yang memerlukan. Ini bukan dari kami,tapi hadiah ni daripada Allah swt kami hanya perantaraan sahaja..
“Terima Kasih yang selalu support business kami,Terima Kasih pelanggan setia hampa juga menyumbang kepada pemberian hadiah istimewa ini..
“Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat walaupun diherdik dihina tetapi tiada yang lebih manis bila kita mengetahui bahawa itu juga hadiah dari Allah SWT, hadiah tak semestinya dibalut rapi dan cantik ,ia juga diselitkan hikmah yang sangat besar.
“Semoga kamu semua diberi peluang utk membantu,percayalah takkan miskin harta bila memberi,” katanya.
Syifa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Syifa memuat naik rakan video Tiktok yang menunjukkan Nabilah sebak dan tidak dapat menahan air mata apabila buat kali pertama selepas 20 tahun usianya dia boleh mendengar namanya dipanggil setelah memakai alat bantuan pendengaran berkenaan.
Syifa memaklumkan mereka telah membawa Nabila yang berasal dari Baling, Kedah untuk memakai alat pendengaran.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnyanyang rata-rata memuji usaha Syifa dan adik beradiknya yang lain iaitu Syatila, Syafiqah dan Syida berniaga sambil membantu orang yang memerlukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live