Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sebak.. Demi Mencari Rezeki, Abang Food Panda Guna Basikal Untuk Hantar Makanan

Zulaikha Yusof
17/06/2020 22:16 MYT
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kegigihan seorang lelaki mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan ini menjadi bualan warganet kerana caranya yang berbeza.

Sering kali kita melihat penghantar makanan akan menggunakan motosikal dan kereta sebagai pengangkutan utama mereka.

Namun tidak bagi individu ini apabila dia memilih untuk menggunakan basikal untuk mencari pendapatan demi kelangsungan hidup.

Dengan berpakaian seragam FoodPanda, lelaki tersebut mengayuh basikalnya dengan membawa sebuah beg yang diletakkan makanan pelanggan di bahagian tempat duduk belakang.

Perkongsian itu telah dibuat menerusi sebuah entri di akaun Facebook Negeri Sembilan Kini.

"Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki brader ni. Amin," tulisnya sebagai kapsyen.



Menurut pemilik akaun Fazril Faz, dia pernah terserempak dengan lelaki itu di kawasan danau.

"Ni la yang kita nampak haritu @Farrah Adilah. Kat danau tu kat Aeon Big," tulisnya di ruangan komen.

Sementara itu, rata-rata kagum melihat kesungguhan individu itu mencari wang untuk sesuap nasi.

Malah, ada antara mereka yang tidak lupa mendoakan semoga urusan lelaki itu dipermudahkan Allah.




BACA: "Sekarang Susah Nak Dapat Kerja" - Tak Pilih Kerjaya, Gadis Berusia 20 Tahun Ini Seronok Jadi Penghantar Makanan

BACA: Tak Lekang Ucap Alhamdulillah, Pakcik Pau Viral Guna Sumbangan Orang Ramai Beri Kepada Gelandangan
#Basikal #Rezeki #Abang Food Panda