Laman Utama

“Sebak Dengar Kisah Saat Akhir Pejuang Negara Ini..” – Ebit Lew Ziarah Anggota PGA Di Pos Sempadan Malaysia-Thailand

gempak
Fiza Kamarudin
25/11/2020
22:30 MYT
Sponsor Banner
“Sebak Dengar Kisah Saat Akhir Pejuang Negara Ini..” – Ebit Lew Ziarah Anggota PGA Di Pos Sempadan Malaysia-Thailand
Pendakwah bebas, Ebit Lew berkongsi pengalaman menziarah anggota Pegawai Gerakan Am (PGA) di pusat kawalan sempadan negara, di Perlis.
Menerusi sebuah hantaran di lama sosial Facebook (FB)nya, Ebit Lew berkata sebaik sahaja tiba di pusat kawalan, perasaannya bertukar sebak apabila pejuang negara minta berkongsi nasihat dan doa.
“Dah lewat semalam dari Hospital Alor Setar terus ke Hospital Perlis dan ziarah pusat-pusat kawalan sempadan.
“Mereka minta berkongsi nasihat dan doa. Sebak sayu bila mereka kata kami semua terkejut tak percaya ustaz sudi datang ke sini.
“Tengok ustaz buat kami rasa semangat. Terharu pengorbanan mereka,” katanya.
Dalam ziarah tersebut Ebit juga berkesempatan menjenguk dan melihat sendiri bagaimana anggota pertahanan menjaga sempadan negara siang dan malam.
“Bila lalu sepanjang sempadan negara terasa pengorbanan PGA ini 24 jam menjaga sempadan negara.
“Sedang kita tidur lena dan makan sedap mereka jaga negara 24 jam. Bergilir kerja tanpa waktu masa.
“Meremang bila melihat dan mendengar keadaan mereka. Lalu sepanjang sempadan terasa mereka memang pejuang.
“Lain suasana tempat mereka bertugas. Sebak dengar kisah saat akhir pejuang negara ini. Menembak sehingga habis peluru dan akhirnya letak senapang di dada. Betapa amanah mereka ini dalam menjalankan tugas.
“Berjauhan dengan keluarga. Sebulan dan lebih duduk dalam hutan ini. Musim PKP ini lagi ada yang langsung tak jumpa anak isteri lagi,” katanya.
Dah lewat semalam dari Hospital Alor Setar terus ke Hospital Perlis dan ziarah pusat-pusat kawalan sempadan. Mereka...
Posted by Ebit Lew on Tuesday, 24 November 2020
Sebelum itu, Ebit Lew sempat meluangkan masa melakukan penghormatan terakhir kepada mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban terkena tembakan ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand.
“Sebak sayu rasa hati tadi ziarah mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban ditembak saat menjaga sempadan negara. Seorang lagi cedera Koperal Norihan.
“Sebak mendengar pengorbanan mereka berjuang. Saya ziarah beri sedikit sumbangan buat keluarga. Mendiang asal orang asli suku Semelai, Negeri Sembilan. Beliau non-muslim.
“Syukur tadi bersama Ketua Polis Kedah Dato Hasanuddin memberi penghormatan pada pejuang negara.
“Terharu sebak masa berbual dengan Dato Hasanuddin. Baik dan rendah diri orangnya. Sebak melihat pengorbanan Polis, kerja 24 jam. Tiada beza siang malam melainkan cuma ada bulan dan matahari.
“Semoga keluarga kuat dan tabah. Semoga Allah jagakan semua mereka barisan hadapan negara kita,” tulisnya.
Sebak sayu rasa hati tadi ziarah mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban ditembak saat menjaga sempadan negara....
Posted by Ebit Lew on Tuesday, 24 November 2020
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live