"Sebak, sayu," itu antara komen-komen yang ditulis peminat ketika mendengar lagu Saat Hilang Cintamu yang dinyanyikan semula Aufahanie.

Aufahanie yang juga bintang Big Stage 2023 menyanyikan lagu milik Allahyarham Siti Sarah itu sambil dipimpin Ajai bermain piano di sebelahnya.

Faktanya, Ajai merupakan komposer asal lagu yang diterbitkan sekitar tahun 2003 itu.

Genap dua tahun pemergian Siti Sarah, lagu itu cukup menusuk kalbu hingga ada yang tersentuh dengan nyanyian Aufahanie.

"Tahniah Aufa suara awak memang sedap dan terbaik. Terima kasih abang Ajai kerana beri peluang aufa cover lagu arwah Siti Sarah," tulis seorang peminat di YouTube Indigital.

"Best sangat! Tahniah Aufa bawa lagu ni sangat baik.

"Sedap merdu, terbaik Aufa. Terasa sebak!

"Ya Allah sedap sangat, memang kita play in loop sambil nangis," tambah beberapa pengguna lain.