Ketika dunia berdepan dengan pandemik Covid-19 ini, pastinya kehadiran berita-berita positif sedikit sebanyak dapat menenangkan orang ramai.

Terkini, sekeping foto menunjukkan seorang doktor daripada Hospital di Texas memeluk seorang lelaki yang dijangkiti Covid-19 tular di media sosial.

Difahamkan, individu berkenaan dikenali sebagai Dr. Joseph Vaaron iaitu seorang ketua kakitangan di Pusat Perubatan United Memorial di Houston.

Menerusi laporan CNN, ketika kejadian doktor berkenaan baru memasuki wad dan melihat seorang lelaki cuba bangun dan keluar dari sebuah bilik.

Ketika melihat warga emas tersebut menangis, Dr. Joseph sempat menanyakan kepadanya kenapa pesakit tersebut menangis.

Pesakit tersebut kemudian memberitahu bahawa dia mahu bersama isterinya.

“Jadi, saya memeluknya. Saya amat bersimpati dengannya. Sama sepertinya… saya amat sedih.

“Tidak lama kemudian, dia berhenti menangis,” kata Varon.

Difahamkan, wad isolasi yang menempatkan pesakit Covid-19 amat sukar buat warga tua kerana mereka sentiasa bersendirian malah ada yang cuba mencuri keluar menerusi tingkap.

Diharapkan semoga Covid-19 dapat dihapuskan tidak lama lagi.