Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sebak! Gambar Potret Keluarga Ini Bakal Buat Jiwa Anda Meruntun

Hanafis Haris
02/05/2019 07:39 MYT
Pertama kali melihat gambar ini, pasti anda berfikit dan tertanya-tanya mengapakah wanita terbabit dibiarkan begitu.

Hakikatnya, ia hanyalah suntingan semata-mata kerana wanita terbabit tidak lagi wujud di dunia ini.

Sesi penggambaran ini hanyalah sebagai cara untuk mengabadikan kenangan bersama wanita yang mereka sayangi.

Untuk pengetahuan anda, gambar terbabit dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @hazifflatiff.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sehingga kini ia telah menerima 38,743 perkongsian oleh warganet.

Difahamkan, sesi bergambar itu dibuat oleh lelaki terbabit untuk menunaikan hajat isterinya yang menginginkan gambar potret keluarga sempena kelahiran anak mereka yang keempat.

Jika anda tertanya apa yang berlaku pada isterinya, arwah Ad’lean Mohd Yusof dikatakan meninggal kerana komplikasi semasa bersalin sekitar penghujung tahun lalu.

Anda boleh lihat gambar meruntun jiwa ini di bawah:







#Viral #Viral #Twitter #Tular
;