Sebak! Ifan Gagal Tahan Air Mata Ketika Proses Rakaman Lagu Tribute Untuk Seventeen

Kamaruddin Razal
Februari 14, 2019 12:13 MYT
Vokalis kumpulan Seventeen, Riefan Fajarsyah atau Ifan gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika merakamkan lagu tribute untuk anggota Seventeen.
Menerusi lagu dipersembahkan oleh kumpulan Armada menampilkan Ifan yang bertajuk Demi Tuhan Aku Ikhlas itu, Ifan berkongsi momen menyentuh hati itu di laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Ifan mendedahkan rasa rindu dan cintanya yang teramat besar terhadap ahli kumpulan lain yang meninggal dunia bersama isterinya, Dylan Sahara telah menguatkan dirinya.
Ifan merupakan satu-satunya anggota kumpulan Seventeen yang terselamat selepas dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang dan Muhammad Awal Purbani serta pemain dram, Andi disahkan terkorban dalam akibat Tsunami Selat Sunda, Indonesia pada 22 Disember lalu.
#Indonesia #Ifan Seventeen