“Sebak Juga Bila Baca, Tapi Apa Boleh Buat…” – Haiza Rindu Air Tangan Ibu
Fiza Kamarudin
12/05/2021 05:50 MYT
12/05/2021 05:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi akui terkejut apabila membaca laporan di sebuah portal berita mengenai ibu dan bapanya yang merindui kepulangan anak-anak dan cucu Aidilfitri ini.
Haiza berkata tahun ini merupakan tahun kedua dia dan keluarga tidak pulang menyambut hari raya bersama ibu dan bapanya di Benut, Pontian, Johor.
“Mula-mula tu terkejut juga bila buka portal berita dan ternampak gambar mak dan ayah saya. Baca punya baca rupanya mereka juga sepi berhari raya tanpa kehadiran anak-anak dan cucu.
“Tahun ini dah tahun kedua saya tak sambut Aidilfitri dengan mereka. Tapi apa nak buat, arahan kerajaan supaya kita patuh SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni.
"Tidak mengapalah kalau tak dapat balik kampung. Raya masih boleh disambut. Teknologi ada, jadi masih boleh berhubung,” katanya kepada Gempak.
Haiza ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Indigital Music Bersama Media di 10grams, Puchong, baru-baru ini.
Katanya, disebabkan larangan merentas negeri serta daerah oleh kerajaan abang sulungnya Noor Azman di Perak dan kakak, Arba’iah, di Kelantan turut tidak dapat meraikan hari raya bersama ibu dan bapa.
“Abang saya pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, menetap di sana kerana anak-anak masih belajar dan kakak (Arba’iah) pula, 43, yang tinggal di Kuala Krai, Kelantan.
“Tetapi kakak kedua Nooraini dan adik, Amirul beraya dengan mak dan ayah di kampung. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tak lah mereka sunyi sangat.
“Bohong kalau saya kata tak rindu suasana berkumpul ramai-ramai…Bergelak ketawa sambil merewang di malam raya.
“Lagi-lagi keluarga kami besar…13 orang semuanya kalau dah berkumpul sekali, bayangkanlah kecohnya macam mana,” katanya yang merindui masakan rendang, ayam masak merah, sambal kacang, sayur lodeh, ketupat dan burasak air tangan ibu.
Haiza pada tahun lalu meminta tiada sesiapa mengunjungi atau menziarahi kedua-dua ibu bapanya di kampung berikutan pandemik Covid-19 dan tidak mahu dijangkiti virus tersebut.
“Tahun ini pun kerajaan dah keluarkan arahan tiada aktiviti kunjung-mengunjung. Saya harap tidak ada yang salah tanggapan apabila saya kata jangan pergi ke rumah.
“Bukan tak nak bagi, tetapi saya harap semua faham dengan situasi yang sedang kita semua hadapi sekarang,” katanya.
Mengulas mengenai persiapan hari raya dia dan keluarga, Haiza berkata, sambutan tahun ini dibuat secara sederhana sahaja.

"Hari raya adalah hari untuk umat Islam meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa. Saya dan keluarga akan tetap beraya walaupun secara sederhana.
"Ada sedikit juadah seperti ketupat, rendang, lontong dan kuih muih," katanya.