Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sebak Lihat Abang Kemalangan, Adik Shah Firdaus Gesa Netizen Berhenti Serang Sosial Media Pelumba Jepun - “Kita Tak Boleh Menyalahkan Atau…”

Asyikin Mayudin
11/08/2024 23:55 MYT
Netizen Malaysia mula ‘menyerang’ laman sosial pelumba Jepun, Shinji Nakano susulan video memperlihatkan kemalangan antara dia dengan pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom pada malam, Ahad.

Henti Serang Pelumba Jepun

Bagaimanapun adik kepada Shah Firdaus iaitu Ridwan Sahrom tampil menggesa netizen agar berhenti menyerang sosial media milik pelumba Jepun tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus Kemalangan Aksi Final Keirin

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus Terkandas Repechage Pusingan Pertama Pecut

Menerusi hantaran di sosial media Ridwan beranggapan segalanya telah terjadi dan tidak perlu menyalahkan atau menunding jari kepada pihak lain.

"Kepada semua peminat sukan Malaysia, tolong jangan serang negara lain berkaitan kemalangan dalam final keirin Sukan Olimpik melibatkan Shah dan pelumba Jepun.

"Dalam perlumbaan keirin, segalanya boleh berlaku, kita tidak boleh menyalahkan atau menghakimi apa yang berlaku, sama ada ia satu kemalangan atau tidak.

"Tolong kekal tenang dan tidak menyerang/komen yang buruk di media sosial pelumba Jepun itu," katanya.

Pelumba Jepun itu terlibat dengan kemalangan bersama Shah Firdaus dalam final acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis pada malam Ahad.

Tak Dapat Tahan Sebak

Dalam pada itu, menerusi video kiriman wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Ridwan kelihatan tidak dapat menahan sebak melihat pengakhiran abangnya dalam edisi kali ini.

"Saya tahu apa yang dia mahukan di Paris, sayangnya ia tidak berlaku," katanya.

Pelumba berusia 32 tahun itu lolos ke final di sebalik penyingkiran Datuk Azizulhasni Awang dan berada dalam kedudukan yang baik untuk membutirkan pingat buat kontinjen negara.

Malangnya, di selekoh terakhir berlaku insiden yang tidak diingini apabila Shah Firdaus terjatuh susulan berlaku pelanggaran dengan pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Jack Carlin dari Great Britain.

Pelumba berusia 28 tahun itu kemudian bangkit meneruskan perlumbaan untuk menamatkannya di tempat keempat.

Bagaimanapun, keputusannya dibatalkan untuk Shah Firdaus menamatkan saingan di tempat keenam.

Pingat emas milik pelumba pilihan dari Belanda, Harrie Lavreysen, diikuti dua pelumba Asutralia, Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer.

Sumber - IGS Ridwan & Stadium Astro

#Netizen #Malaysia #Atlet Negara #Olimpik Paris 2024 #Pelumba berbasikal Jepun #Pelumba berbasikal negara #Ridwan Sahrom #Shah Firdaus Sahrom
;