Pelakon berkaliber Fauziah Nawi tidak dapat menahan rasa rindu terhadap arwah anaknya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif.

Luahan rasa itu dicoret Fauziah menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Fauziah, dia tidak pernah walau sehari pun melupakan anak kesayangannya sejak pemergiannya pada Oktober 2019.

“Setahun 274 hari Mohd Firdaus Hj Mohamad Hanif anakku buah hatiku telah tiada. Namun sehari pun kau tak pernah aku lupakan hai anak belahan jiwa.

“Moga Allah menerima mu reda akan kamu, mengampunkan mu seperti aku memaafkan, reda dan mengasihimu.

“Alhamdulillah kau pernah dipinjamkan kepada ku selama hampir 43 tahun. Semua angels Pitt nyawa nyawa Pitt anak yang baik macam Pitt.

“Dhia dah boleh shoot dan edit simple video untuk si Mhia. Si Thia rasanya coming soon. Tengok movie pun cakap pasal shot.

Typical you Pitt. Jaja memang cekal. Moga mereka jadi anak Solehah. Moga anak mama buah hati mama dalam dakapan Kasih Khaliq mu wahai belahan jiwa,” coretnya.

Pitt atau nama sebenarnya, Mohd. Firdaus Mohamad Hanif ditemui mati lemas di Sungai Jelai, Lipis Pahang apabila bot yang dinaiki karam pada Oktober 2019.

Pengarah filem Coast Guard itu meninggalkan seorang balu, yang juga pelakon Farah Ahmad dan tiga cahaya mata.