Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sebaknya! Penghuni 'Tirai Besi' Hanya Guna Video Call Lepas Rindu, Jumpa Keluarga!

Hanafis Haris
05/06/2020 08:43 MYT
Sedih tapi itulah yang terpaksa dilalui oleh banduan di Kelantan apabila terpaksa menggunakan aplikasi atas talian untuk melepaskan rindu terhadap ahli keluarga.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob.

Menerusi Sinar Harian, dia menjelaskan pihaknya menggunakan aplikasi Skype sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu pertengahan Mac lalu dan ia digunakan sebaik mungkin oleh semua banduan yang terlibat.

"Ia merupakan normal baharu di penjara bagi menggantikan perjumpaan yang biasanya kita buat di penjara itu sendiri.

"Bagi memastikan kita patuh pada prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh penularan COVID-19, maka cara itu dilihat berkesan dan terbaik untuk menghubungkan banduan dengan keluarga mereka,” katanya.

Tambahnya, pihak penjara juga turut mempunyai alternatif lain iaitu melalui panggilan telefon Myphone yang boleh menghubungkan banduan dengan keluarga mereka.

“Kita sediakan 10 telefon untuk kaedah ini di seluruh negeri dan dua peranti untuk setiap blok.

"Bagi keluarga mereka yang mempunyai masalah talian internet dan sebagainya bolehlah guna cara ini," katanya.

Sumber : Sinar Harian

#Penjara #Banduan #PKPB