Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sebanyak 3,800 Scones Terjual Dalam Hanya 5 Jam, Sales Sampai RM17,500! Hebat Penangan Khairulaming!

Hanafis Haris
04/06/2021 05:57 MYT

Siapa sangka perkongsian dibuat oleh selebriti media sosial Khairulaming menyebabkan produk jualan peniaga ini sold out!

Tambah hebat lagi, peniaga scones ini dikatakan sudah tidak ‘menang tangan’ apabila ‘dibanjiri’ tempahan daripada orang ramai.

Semuanya bermula apabila Khairulaming membeli scone tersebut dan berkongsi pengalamannya di Twitter.

“Hari tu nampak Bina promote a small seller yang jual scones kat and i was curious boleh ke ship online.

“So i beli and petang tadi sampai. rasa fresh, sedap dan packaging tiptop.

“Tekstur dia lembut skit compared to normal scones #BukanPaidReview,” katanya.

Posting berkenaan kemudian dikongsi sebanyak 7,400 kali dan menerima 16,800 likes.

Menurut Khairulaming, peniaga tersebut iaitu Zakri dan Aishah telah pun menjual 3,800 scones dalam masa lima jam.

“Itu bersamaan, RM17,500 sales.

“Ya Allah i’m soo happy for them. Sesiapa lagi small seller yang jual makanan online, feel free to share your link kat bawah. Nanti i will buy and tolong promote,” katanya.

Menerusi pemantauan Gempak, orang ramai masih menunggu sekiranya peniaga tersebut membuka tempahan baru.

Malah, akaun Telegram yang dibuat oleh peniaga ini saja sudah disertai hampir 3,000 pengguna.

Semuanya menantikan tempahan baru!

Apapun anda boleh lihat posting berkenaan di bawah:

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Khairulaming #Scones