Hiburan

"Sebanyak 88 Peratus Pesakit Berada Di Tahap..." - Kenali Tahap & Jumlah COVID-19 Di Malaysia!

gempak
Hanafis Haris
08/04/2020
10:04 MYT
Sponsor Banner
"Sebanyak 88 Peratus Pesakit Berada Di Tahap..." - Kenali Tahap & Jumlah COVID-19 Di Malaysia!
Sebanyak 88 peratus pesakit COVID-19 di negara ini berada di tahap satu dan dua.
Perkara ini didedahkan menerusi satu posting Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya di twitter rasmi mereka semalam.
Menurut KKM Putrajaya, tahap satu ialah positif tetapi tidak bergejala manakala tahap dua adalah positif dan bergejala ringan.
"Untuk tahap tiga dan empat pula, jumlah tersebut merangkumi tujuh peratus.
"Tahap tiga ialah positif dengan radang paru-paru tapi tidak perlukan bantuan alat pernafasan.
"Tahap empat pula ialah positif dengan radang paru-paru dan perlukan bantuan alat pernafasan," kata pengendali akaun terbabit.
Jelas KKM Putrajaya lagi, setakat ini hanya lima peratus saja yang berada di tahap kelima.
Tahap kelima adalah mereka yang sesak nafas dan perlukan bantuan alat pernafasan.
Anda boleh lihat posting penuh berkenaan di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live