Hiburan

Sebar Khabar Angin & Komen Melampau, Kang Daniel Saman Netizen

gempak
Mya Amri
20/09/2019
10:17 MYT
Sponsor Banner
Sebar Khabar Angin & Komen Melampau, Kang Daniel Saman Netizen
Penyanyi dan bekas anggota kumpulan WANNA ONE, Kang Daniel mengambil tindakan menyaman netizen yang memberikan komen melampau sehingga mencemarkan reputasinya.
Perkara itu disahkan oleh agensinya, Konnect Entertainment menerusi kenyataan rasmi semalam.
“Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada para peminat kerana menghantar laporan sejak bulan Ogos.
“Kami sedang menulis kenyataan rasmi untuk memberitahu anda mengenai tindakan yang bakal diambil mengenai perkara ini.
“Pada bulan Ogos, kami telah mengumumkan bahawa kami akan mengambil tindakan undang-undang yang ketat terhadap penyalahgunaan, seperti penyebaran fakta palsu, gangguan seksual, fitnah, serangan peribadi, pencerobohan privasi, khabar angin yang berniat jahat terhadap artis kami, Kang Daniel.
“Setakat ini kami telah mengumpulkan dan memilih komen-komen melampau terutama berdasarkan pemantauan kami dan data yang telah anda laporkan.
“Kami juga telah selesai memfailkan kes-kes tersebut ke Unit Siasatan Siber Daerah Polis Seoul Gangnam.
“Seperti yang telah kami umumkan, Konnect Entertainment akan mengambil langkah tegas terhadap tindakan menyebarkan khabar angin palsu terhadap artis kami.
“Kami akan berusaha keras untuk memperkuat sistem pemantauan untuk melindungi kepentingan artis dan peminat kami,” jelas wakilnya.
Dalam perkembangan lain, Kang Daniel bakal hadir Malaysia bersempena dengan acara sesi bertemu peminat, KANG DANIEL FAN MEETING: COLOR ON ME IN KUALA LUMPUR esok (Sabtu).
Acara tersebut akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada jam 7.00 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024