"Sebarang Rayuan Tak Akan Dilayan..."- A. Aida Serik Bekerjasama Dengan Amelia Henderson
Syafiqah Jalal
07/04/2023 08:50 MYT
07/04/2023 08:50 MYT
Penerbit Datuk A Aida, 53, tetap dengan pendiriannya untuk tidak tidak lagi bekerjasama dengan pelakon Amelia Henderson, 27, susulan pelanggaran kontrak perjanjian membabitkan syarikat produksi diasaskannya dengan pelakon itu.
A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang memberitahu beliau memaafkan Amelia namun berkata, dia tidak pernah berdepan insiden seperti itu sepanjang bergelar penerbit.
“Saya maafkan awak, Amelia Handerson tak marah pun tapi untuk akan datang saya tidak akan bekerjasama dengannya lagi.
“Sepanjang 25 tahun saya jadi penerbit, tidak pernah seumur hidup saya berlaku perkara seperti ini.
“Esok hendak mulakan penggambaran, hari ini artis menarik diri sehingga saya terpaksa ke mahkamah untuk mengambil tindakan kerana ia adalah perkara yang tidak boleh diterima,” katanya.
A. Aida berkata kepada Astro Gempak ketika ditemui selepas hadir bagi keputusan kes saman berkenaan di Mahkamah Sesyen Sivil, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi.
Dalam pada itu, A. Aida menegaskan dia tidak akan berkompromi untuk menerima sebarang rayuan daripada Amelia selepas ini berkaitan dengan kes tersebut.
"Saya tak akan terima (rayuan)...that's it! Sebarang rayuan tidak akan dilayan
"Kita pernah bagi peluang untuk berdamai tapi dia nak lawan juga. Saya juga yakin berada di pihak yang benar," katanya lagi.
Terdahulu, A Aida mengalirkan air mata selepas Mahkamah Sesyen Sivil mengarahkan Amelia membayar lebih RM200,000 sebagai ganti rugi.
Peguam mewakili A Aida, Ashmadi Othman berkata, jumlah bayaran itu termasuk bayaran pendahuluan yang diterima sebelum penggambaran, ganti rugi am fitnah serta ganti rugi kos penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali sebanyak RM101,325.