Kecoh di platform TikTok apabila sebuah video memaparkan sekumpulan orang ramai yang menyanyikan lagu penyanyi popular Justin Bieber.

Namun, apa yang membuatkan ramai terkejut apabila nyanyian itu dilakukan di hadapan upacara pengebumian.

Difahamkan, menerusi video yang tular itu, tindakan tersebut sebenarnya dibuat atas permintaan si mati.

Menurut pemilik akaun berkenaan, pihak si mati meminta untuk dinyanyikan lagu Justin Bieber sebelum dikebumikan.

“Permintaan Almarhum, dinyanyikan lagu Justin Bieber sebelum ke berangkatan ke kuburan.

“Zaman millenial seperti ini,” tulisnya.

Berdasarkan video berdurasi 27 saat itu, kelihatan tetamu yang hadir melihat telefon masing-masing sambil menyanyikan lagu Ghost.

“That if I can't be close to you, I'll settle for the ghost of you, I miss you more than life,” itu antara lirik yang dinyanyikan.

Menerusi ruang komen, ramai yang keliru dan berbelah bahagi sama ada untuk sedih, kelakar atau terkejut.

Pun begitu, ramai yang juga netizen yang ‘menyeru’ pemilik asal lagu berkenaan supaya menonton video tersebut.