Laman Utama

“Sebelum Ini Dia Tak Pernah Alami Sakit Teruk, Cuma …” - Bapa Nad Zainal

gempak
Amri Hassan
23/11/2022
14:30 MYT
Sponsor Banner
“Sebelum Ini Dia Tak Pernah Alami Sakit Teruk, Cuma …” - Bapa Nad Zainal
Bapa kepada pelakon Nad Zainal, Zainal Abidin, 63, memaklumkan anaknya kini berada dalam keadaan baik berbanding dua hari lepas.
Nad yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri sejak Isnin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami jangkitan paru-paru.
Menurut Zainal, pendarahan paru-paru yang dialami Nad semakin berkurangan namun ia masih dalam pemantauan rapi pihak hospital.
“Setakat dua hari lalu memang keadaannya teruk bagaimanapun hari ini apa yang saya nampak ada peningkatan yang positif.
“Kita harap dia akan okey pada hari akan datang sebab doktor sudah cuba berikhtiar memberikan rawatan terbaik.
“Dua hari lalu dan semalam memang berlaku pendarahan tetapi hari ini ia semakin berkurangan cuma dia masih ‘berlawan’ dengan ubat.
“Apapun saya mengharapkan agar anak saya agar segera sembuh seterusnya tidak akan tidak akan menggunakan alat pernafasan lagi.
“Keadaan ini berpunca daripada paru-parunya, yang lain semuanya okey. Bila dia mengalami pendarahan di paru-paru, itu menyebabkan dia sukar untuk bernafas.
“Setakat ini, apa saya lihat keadaannya bertambah baik berbanding semalam,” katanya ketika ditemui pada Rabu.
Terdahulu pada Isnin, proses menguruskan Nad ke hospital dilakukan Zainal sejurus mendapati keadaan anaknya semakin serius.
“Pada petang kejadian, saya yang mengambilnya dari rumah dan bawanya ke hospital.
“Sebelum ini, dia ada mengadu sakit-sakit cuma perkara itu tidak diberitahu secara serius. Bagi Nad mungkin ia boleh baik apabila makan ubat.
“Dia tidak pernah mengalami sakit yang teruk cuma sebelum ini dia disahkan positif covid-19 tapi tidaklah seteruk keadaan sekarang,” tambahnya.
Industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritikal.
Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.
Semalam, Nad, 32, dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long Covid.
Difahamkan, Nad pernah dijangkiti Co­vid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.
Sementara itu, awal petang tadi rakan baik Nad yang juga pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live