Gaya Hidup
Sebelum Ini Hanya Aisha - "Okay Tak Nama..." - Aidil Kongsi Nama Penuh Anak
Hari Jumaat, 7 Ogos lalu, Aidil Aziz dan Fasha Sandha menyambut kelahiran puteri pertama mereka berdua yang dinamakan Aisha.
Terbaru di Instagram miliknya, Aidil berkongsi nama penuh Aisha beserta tarikh lahir, waktu dan berat Aisha bersama semua.
"Ok tak nama Aisha Amaira? Hidup bahagia, Cantik selamanya," tulis Aidil sambil menyertakan maksud nama puteri mereka.
Rata-rata peminat dan warga maya memuji nama yang dipilih oleh Aidil dan Fasha untuk anak mereka itu.
Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019. Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 206.
Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.