Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Sebelum Ini Saya Rasa Saya Hebat, Famous... Sebenarnya Saya Salah" - Fizo Omar

Amri Hassan
09/09/2023 15:49 MYT
Pelakon Fizo Omar kembali mengimbas semula perjalanan awal bergelar usahawan ketika namanya sedang berada di puncak karier sebagai artis.

Jelas Fizo, dia meletakkan ego di tepi dan mengusahakan perniagaan menjual burger tepi jalan hingga akhirnya memiliki lebih 150 cawangan seluruh negara dalam tempoh dua tahun.

"Sebelum ini saya rasa saya hebat, ada nama, saya selebriti, saya famous, saya boleh buat bisnes dengan populariti yang saya ada. Sebenarnya saya salah, bisnes perlu bermula daripada ilmu.

"Modal paling mahal adalah modal ilmu, saya mula belajar dan bermula dengan bisnes burger. Saya mula berniaga tepi jalan, buang ego jual burger di kaki lima.

"Alhamdulillah dengan konsep memberi, sedar tak sedar bersama partner dalam dua tahun Allah izinkan kita ada 150 cawangan di semua negeri tanpa pinjaman bank, bantuan kerajaan, tanpa saya ada duit," katanya dalam hantaran video yang dimuat naik di TikTok Innovative School of Management (ISM) baru-baru ini.

Mengulas tentang ilmu dalam berniaga, akui Fizo modul yang digunakan di ISM amat bertepatan terutama individu yang berlatar belakangkan bidang lain selain keusahawanan.

"Inisiatif ISM bagus, graduan yang habis belajar dalam bidang berbeza tapi minat ceburi keusahawanan, ini adalah boleh dikatakan shortcut, modul itu belajar dalam tempoh singkat dan straight to the point.

"Ini tempat terbaik, sedikit sebanyak membantu kita bagaimana nak bermula dan sustain dalam bisnes yang sangat mencabar ketika ini," katanya.
undefined

ISM sasar lahirkan 300 usahawan setiap tahun

Sementara itu, ISM mensasarkan untuk melahirkan 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi setiap tahun dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan.

Menurut Presidennya, Amir Faisal Ahamed Latfi, program Usahawan Jutawan Muda yang diperkenalkan itu memenuhi kehendak semasa dan dalam masa sama dapat membantu usaha kerajaan memastikan tiada pelajar tercicir dalam pembelajaran akademik ditambah dengan penerapan aspek kepimpinan.

“Melalui program Usahawan Jutawan Muda, kami dapat membantu anak-anak muda ini terutama dalam aspek pembangunan jati diri, kepimpinan dan pengurusan yang merupakan elemen penting bagi sesebuah perniagaan berkembang termasuk dalam sesebuah organisasi jika mereka bekerja nanti.

“ISM mensasarkan untuk melahirkan 300 usahawan muda bermula tahun ini yang direka bentuk untuk memberi inspirasi dan memperkasakan pelajar dengan menerapkan semangat keusahawanan dalam membangunkan generasi pemimpin sesebuah organisasi yang berdaya saing dan berkaliber di masa akan datang.

“Mereka ini bukan sahaja mempelajari teori sebaliknya secara praktikal melalui perniagaan di mana setiap pelajar bukan saja ada pensijilan akademik nanti bahkan ada perniagaan masing-masing ketika belajar di sini.

"Ia memastikan pelajar bersedia mengharungi cabaran dunia alam kerjaya sebenar sama ada sebagai usahawan mahupun pemimpin sesebuah organisasi,” katanya ketika pelancaran program Usahawan Jutawan Muda oleh ISM pada Sabtu.

ISM terap pengalaman, kemahiran sebenar

ISM sebagai institusi pendidikan yang inovatif yang berbeza daripada yang lain, bukan sahaja menyampaikan pengetahuan akademik tetapi juga menyediakan pelajar-pelajar dengan pengalaman dan kemahiran sebenar sebagai seorang pemimpin masa depan.

“Landskap ekonomi yang turun naik, polikrisis dunia memerlukan penyelesaian inovatif dan program ini dapat memperkasa usahawan muda menyumbang idea transformatif yang boleh memacu pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi.

“Selaras dasar Malaysia untuk mewujudkan lebih ramai usahawan, kami juga mengguna pakai dunia digitalisasi dan teknologi terkini supaya kekal berdaya saing dalam ekonomi global,” jelasnya.

Dalam pada itu, Amir Faisal memberitahu, antara objektif teras Usahawan Jutawan Muda ialah membantu diri, keluarga dan masyarakat dengan melahirkan pelajar dengan nilai kepimpinan sebenar, integriti termasuk amalan kemampanan, alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan impak positif kepada keluarga dan komuniti serta menyediakan laluan untuk kemajuan sosioekonomi dan mobiliti,” ujarnya.


Inspirasi Richworks

Sementara itu, Amir Faisal menyatakan program Usahawan Jutawan Muda itu sebenarnya terinspirasi daripada RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) yang berpengalaman dalam 15 tahun melahirkan usahawan jutawan dan berjaya di negara ini.

Jelasnya, daripada situ kami membangunkan suatu model yang komprehensif dalam usaha membangunkan pelajar-pelajar yang berkompetensi dan bersedia untuk memimpin bila tamat pengajian.

Program Usahawan Jutawan Muda kini menerima permohonan daripada pelajar yang bersemangat dan bercita-cita untuk menjadi usahawan mahupun bakal pemimpin masa depan. Untuk maklumat lanjut, layari https://myism.my/.

#Viral #Fizo Omar #Bisnes #Usahawan #Pelajar #Burger #Inovatif #RichWorks #ISM
;