Sebelum Jadi Apa-Apa, Eloklah Cepat Sikit" - Ibu Joy Revfa

Zulaikha Yusof
Disember 4, 2018 03:21 MYT
Usahawan kosmetik, Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin yang kini sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama seorang jejaka bernama Faiz mendapat restu daripada ibunya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Joy berkongsi ibunya meminta supaya mereka cepat mendirikan rumah tangga.
"Restu seorang ibu. Ibu kata dah nak lepas tanggungjawab jaga Joy & Arryan pada bakal imam.. Tapi Joy cakap sabar dulu ibu.
"Awat kalut sangat.. Biar kenal 3-5 tahun dulu baru ibu boleh lepas tanggungjawab jaga kami ni. Tapi ibu balas...
"Jangan... Sebelum jadi apa-apa pada ibu, eloklah cepat sikit.." (ugutan macam ni yang tak boleh nak dengar ni...
"Insya-Allah, kalau dah jodoh tak ke mana.. Mana tahu next year ke, pakai #ayatselamat," tulis Joy.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini bersetuju dengan permintaan ibunya malah mendoakan semoga segala urusan akan dipermudahkan.
"@adlinaaini.afifi: Ye betul tu..Cepat-cepat ye joy..Jangan lupa jemput dina tau."
"@eyda_nour_eyda: Benar kata ibu tu @joyrevfa jangan tunggu lama-lama ye."
"@mia_samia1910: Semoga dipermudahkan..Insyaallah."
Joy dan Hafiz pernah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2017 tetapi mereka disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.
Joy pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.
#Joy Revfa #Pengasas Kosmetik