Sebelum Jadi Bandar Hantu, Wuhan Terkenal Dengan Teknologi Futuristik & Ada Masjid Boleh Muat 500 Jemaah Serentak!

Amri Hassan
Januari 31, 2020 03:24 MYT
Wuhan! Kalau bukan kerana wabak Koronavirus yang semakin membimbangkan, pasti ramai yang tidak tahu tentang kewujudan bandar terbabit.
Satu dunia berbicara tentang Wuhan tetapi adakah anda tahu dimana letaknya bandar itu dan apa tarikan yang ada di sana?
Beberapa pengguna di laman sosial Twitter berkongsi pandangan dan keunikan Wuhan.
1. Bandar purba
Wuhan terletak di tengah-tengah negara China dan terkenal sejak 3,500 tahun lalu sebagai pelabuhan teh.
Wuhan terletak di wilayah Hubei merupakan bandar besar yang mempunyai populasi penduduk lebih 10.7 juta orang.

Sejak Novel Coronavirus ni, nama Wuhan tiba - tiba naik. Dan baru tu la sampai kat telinga orang kita. Sebelum tu macam tak pernah tahu akan kewujudan tempat yang bernama Wuhan ni. So apa yang ada di Wuhan? pic.twitter.com/CSnLJcIb98

— Khairul Azri (@mkhairulazri) January 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Wuhan juga tempat kelahiran budaya Chu kuno dan terdapat sebuah opera tertua yang popular di China, Opera Han.
2. Futuristik
Terkenal dengan kepakaran dalam pembinaan jambatan, kejuruteraan kereta api berkelajuan tinggi dan industri teknologi tinggi.
50 peratus jambatan yang dibina di dunia dan 60 peratus kereta api berkelajuan tinggi direka di Wuhan.
3. Masjid besar
Masjid pertama dibina di Wuhan ialah Wuhan Qiyijie Mosque yang boleh menampung 500 jemaah dalam satu-satu masa.
4. Destinasi percutian
Beberapa seni bina unik menjadi tarikan utama pelancong ke Wuhan antaranya Yellow Crane Tower, Kuil Guiyuan, Gunung Mulan dan Jambatan Sungai Yangtze.
Ramai juga pelancong berkunjung pada musim bunga dan luruh untuk menyaksikan pemandangan pagoda dengan bunga plum yang berkembang cantik.
5. Universiti terbanyak dunia
Wuhan juga memiliki jumlah universiti paling banyak di dunia sebanyak 1,500 buah dan memiliki lebih 50 pusat pengajian terbaik.
Antara universiti popular di Wuhan ialah Wuhan University, Huazhong University of Science & Technology dan China University of Geoscience.
Penularan wabak Koronavirus bagaimanapun menjejaskan keseluruhan operasi bandar Wuhan hingga menjadikan ia Bandar Hantu.
Tempat-tempat awam termasuk sekolah dan pusat beli-belah kini lengang dan di jalan raya pun sukar sekali untuk melihat kelibat penduduk setempat selepas perintah berkurung.
Sumber: Twitter Khairul Azri, China Discovery, Gulf News, Daily Star
#Viral #Viral #Koronavirus #Wuhan