Sebelum berkahwin dengan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora, Rizky Billar pernah rapat dengan beberapa orang wanita.
Sebahagian daripada mereka dikhabarkan sebagai teman wanita, tetapi yang lain hanya kawan rapat tetapi intim.
Namun kini Rizky Billar yang dikaitkan kes keganasan rumah tangga serta kecurangan terhadap isterinya iaitu Lesti Kejora.
Mari imbas kembali Ini 5 wanita yang pernah rapat dengan Rizky Billar
#1 Syifa Hadju
Rizky Billar dan Syifa Hadju dikhabarkan rapat dan menjalinkan hubungan pada tahun 2018. Kedua-duanya dipertemukan dalam sinetron berjudul Ada Dua Cinta.
Billar dan Syifa sering kelihatan intim dalam pelbagai detik yang dimuat naik di media sosial. Mereka berjaya membina chemistry untuk membuat penonton baper. Walaupun dikhabarkan sedang berpacaran, namun keakraban mereka diketahui hanya berkawan.
#2 Syahra Larez
Apabila Billar digosipkan rapat dengan Syifa Hadju, ternyata suami Lesti Kejora sedang berpacaran dengan aktres Syahra Larez.
Mereka berdua sudah lama menjalinkan hubungan cinta sehingga sering mempamerkan rasa sayang di laman sosial. Syahra yang ketika itu baru berusia 16 tahun tidak teragak-agak untuk menunjukkan rasa sayang dengan Billar yang lebih tua 6 tahun daripadanya.
#3 Cut Syifa
Rizky Billar dan Cut Syifa pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa. Billar dan Cut Syifa ketika itu bersaing dalam bidang lakonan dalam sinetron Istri-Istri Akhir Zaman (2019).
Dalam sinetron itu, Syifa memegang watak Naima iaitu tunang kepada Iwan lakonan Billar. Mereka bertemu semula dalam sinetron Jangan Panggil Gue Pak Haji (2019–2020) dan hubungan mereka semakin rapat.
Walaupun sering meluangkan masa bersama, Billar dan Syifa diketahui hanya sekadar berkawan. Billar menggelar Syifa sebagai adik, dalam Instagram.
#4 Dinda Hauw
Rizky Billar dikhabarkan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres Dinda Hauw. Kini Dinda sudah mempunyai suami Rey Mbayang yang berkahwin sebelum Lesti dan Billar berkahwin.
Chemistry antara keduanya telah membuatkan peminat baper. Lebih-lebih lagi Billar dan Dinda beberapa kali telah memuat naik detik-detik kebersamaan.
#5 Vanesha Prescilla
Berita keakraban Rizky Billar dan Vanesha Prescilla terbongkar selepas mereka berdua bermain dalam siri web '100 Days A Story of The Expert' pada 2018. Selepas filem itu selesai, foto Billar dan Vanesha tersebar ketika mereka berdua sedang melepak di sebuah kafe.
Bagaimanapun, Billar mengakui dia hanya rakan sekerja dan tidak mempunyai hubungan istimewa
Sumber: IntipSeleb.com
Syafiqah Jalal
Sat Oct 01 2022


“Dia Kena Hadap La Benda-Benda Macam Ini” - Sharnaaz Ahmad Anggap Noor Nabila Wanita Kuat
Insya-Allah Nabila kuat!

GV10: “I Didn’t Do Well At All…” - Aishah
Aishah akui persembahan kurang memuaskan.

Payudara Nadin Amizah Diraba: “Sungguh Merendahkan Martabat Saya…”
Penyanyi Nadin Amizah melahirkan rasa kesal dan marah

Siti Nurhaliza Back Up Liza Hanim, Sekolahkan Netizen! - "Peribadi Tak Baik, Hati Hitam"
Tak baik kutuk fizikal orang.

Gara-Gara Jadual Terlalu Padat, Gisele Bundchen Pernah Berniat Mahu Terjun Bangunan
Gisele akui pernah ada gangguan mental

"Pandemik Rosakkan Rancangan Saya" - Datuk Shake Balik Malaysia Bikin Konsert Di Zepp KL, Janji Nyanyi Lagu Tiga Bahasa!
Konsert Datuk Shake di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember 2023.

Senarai Tugasan Lagu Konsert Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Semak senarai lagu konsert kedua All Stars Gegar Vaganza!

Smart! Foto Pra Perkahwinan Noh Salleh & Fatin Athira Dapat Pujian Netizen
Memang cantik!

GV10: Ramai Komen Tentang Hos, Ini Jawapan Wakil Astro: “Kita Akan Bedah Siasat, Mungkin Ada…”
Meriah GV10 ada Nabil, Jihan dan Kak Lina.

Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi ‘Soft Porn’ Pasangan Selebriti - “Itu Perbuatan Maksiat Yang Berat!”
Semoga menjadi pengajaran.